Selamat berkenalan!

Page ni saya dedikasikan kepada semua kawan2 cyber dan tak cyber saya yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar; dari zaman blogspot hingga ke zaman wordpress ini.

penting ke About page ni? Bagi saya ia adalah penting kerana di sini kawan2 semua boleh mengenali saya dengan lebih dekat dan mesra.

Blog ini merupakan blog kedua saya tetapi merupakan satu2nya blog peribadi aku. Tempat untuk saya menyalurkan rasa cinta dan minat saya dalam bidang penulisan dan penerbitan yang telah saya tempa dan pelajari semenjak dari sekolah menengah dan IPT hinggalah sekarang ini.

Walaupun saya merupakan jurutera professional dan mempunyai beberapa perniagaan sendiri, kesibukan tersebut tidak menjadi halangan kepada saya untuk mentuntaskan idea2 saya untuk tatapan pembaca.


Contact Form

Required fields are marked *.

Your information
Your message
Confirmation

map

Kenapa berblog?

Saya berblog kerana saya minat dalam bidang penulisan. Bagi saya, orang yang kritis akan suka pada seni dan penulisan – suatu method untuk dia melontarkan apa yang di ilhamkan dalam dirinya. Kita menulis dengan pelbagai sebab. Ada yang menulis hanya sekadar suka-suka, ada yang menulis kerana minat dan ada yang menulis untuk mencari rezeki. Kitalah yang menentukan apa yang kita hendak tulis dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.

Apa yang ingin dicari?

Saya mencari diri saya sendiri dalam penulisan. Apa yang ditulis mencerminkan apa yang saya inginkan. Ada ketika saya ingin menjadi seperti malaikat dan ada masa iblis menguasai diri tetapi itulah namanya manusia. Fitrah manusia sememangnya lemah tetapi kita dikuatkan jika kita mengikut landasan yang diberikan oleh-Nya.

Kekalutan minda dan kekalutan masyarakt menjadi motivasi saya dan kita semua. Ketahuilah bahawa mata pena itu lebih tajam dari mata pedang dan mereka yang bijak bermain kata-kata melalui penulisannya akan mampu menawan minda dan persepsi masyarakt dalam pelbagai perkara. Bersediakah kita untuk dilambung ombak? Saya? Ya … saya telah lama bersedia!