Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati…..
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”
p/s: So, bila agaknya kita boleh kapel? Sudah tentu selepas kita menjadi pasangan suami isteri yang sah!
Islam itu indah. Yakinlah kebenarannya dan janjinya.
p/s/s: Tahniah kepada anda kerana berjaya baca sampai habis. Anda dah kapel? Aku kapel selepas berkahwin! Bahagia dan tak perlu risau pandangan manusia dan pandangan-Nya!


apa yang dinyatakan oleh bro hydir ni mmg betul.
saya setuju sangat…
thanks ngan info bermakna ni bro…
idup gunners… ehehhee
zaki’s last blog post..Selsema Babi & Akhir Zaman
@zaki, ko gunners eh..
bila nak join Chlsea .. kwah3
Twitter: hurul_aini
(5 comments.)
Salam
bagi aku entri ni untuk pasangan-pasangan atau insan-insan yang tak reti nak jaga keterbatasan diri. Golongan muda dibiasakan dengan berpegang tangan tu biasa atau yang lebih bodoh, kapel wajib berpegang2 cemni. Aku dah tulis dah dalam entri aku, Father at 13 [http://hurulaini.net/father-at-13/].
Dan tak dinafikan juga, kita ni sebagai manusia biasa, sering je tertipu ngan hasutan syaitan…aku ni pun slalu je leka & jadi gila2…huhu..**insaf jap**
Tapi semoga diri kita ni jauh dari dosa-dosa besar. Aku ambik pendekatan bersederhana, buat apa yang mampu. Kapel2 mmg NO for me unless mmg ada matlamat & insyaALlah cuba menjaga keterbatasan diri, tapi wallahualam tak tau brapa lama Allah boleh lindungi aku dari maksiat dunia ni..huhu
Neway, thanks for reminding
HuRuL_AiNi’s last blog post..Kenapa Korang Bercinta?
@HuRuL_AiNi, kita sesama manusia mmg perlu saling ingat mengingati
kdg2 kita x prasan yg kita dah terlebey seudah…
ada org bercinta bukan sbb cinta tp lebih kpd nafsu
fuhhh.. panjang juga n3 ni.. nk 10 minit aku baca habis. harap2 la melekat kat kepala hotak aku ni. hehe..
apa2 pun, post yg menarik dan sungguh berguna utk aku, kamu, dia, dia dan mereka semua. thanks bro
azizwan(dot)com’s last blog post..Happy birthday untuk diri sendiri
@azizwan(dot)com, welcome
Tahniah dpt bc sampai abis:)
aku pon penat nk mengolahnya .. hoho
semua tu betul.. tapi wonder gak, zaman skang ni nak kenal mesti kena couple dulu.. bukan zaman mak ayah carikan jodoh then bercinta lepas kahwin… ramai la yg x kahwin macam ni.. single sampai tua..
Khai’s last blog post..Aku, Kau Berbeza.. Aku, Kau Istimewa
@Khai, aku pon cr sendiri
tp hubungan sblm kahwin paling minimum .. xde nya merendek2 …
straight to the point jer ..
simple but reliable ..
hoho
semua terpulang kat individu tu sendiri
nak 1000 daya, x nak pun 1000 dalih
KhairiL’s’s last blog post..Siapa Nak Join…
@KhairiL’s, btul3 …
Kuat sungguh peranan globalisasi Amerika. Seronok juga kalau dapat tengok semua single kemudian tunggu mak ayah carikan pasangan idop. Hahaha.
P/S: Ayat orang single neh.
@Adam, kalo mak ayah carikan mmg best
tp kalo cari sendiri pon okeh
tp kena kontrol ler .. jgn ikut nafsu .. nanti lesu ..hohoho
Twitter: azmanishak
(31 comments.)
wah.. series puas aku membace entri encik hydir kali ni.
orang kate baru la umph..
bukan nak membangga diri. tapi series aku katekan…
aku sekarang baru nak proses bercinta. tapi blom sepenuhnya.
aku akan sambung selepas kawin… kirenye sekarang ni
cume fasa berkenalan… kenal-kenal perangai masing masing je
tak lebih daripada tuh… maklum le time aku sekarang ni…
seriesly memang banyak betoi dugaan yang datang..
macam en. hydir cakap.. dalam sms pon boleh jadi zina kalau
kite tak control… memang merangkumi banyak perkara…
sama ade kite sedar ataupon tidak.. tapi buat mase ni
ok laa…. si dia masih mengawasi semua tindak tanduk aku..
ahahaha… aku turut semua nasihat die. bukan nak kate
sayang ke awek.. tapi kalau teguran kearah kebaikan aku rase
ianye berbaloi. sape lagi nak tegur kite kalau bukan orang
yang kite sayang… kan?
jadi ade sikit pesanan penaja… kawan dulu… then bertunang..
kemudian nikah.. baru le bercinta.. hahaha itu lebih afdal aku kire.
Kreuger’s last blog post..Kami tetap sama…
@Kreuger, selamat bertunang n ke arah berumahtangga ..
kalo sblm kawen semua dh tahu tu yg buat perkahwinan jd hambar
x adventurous lagi
bg aku .. tu le hikmah bercinta slps kahwin .. kita dh ada komitmen
maka kita akan berusaha bersungguh2 utk menjaga ikatan itu
agaknya bila orang ajak kapel,aper yang perlu wanita jawab?
dan jika wanita mengushar lelaki,apa perlu lelaki lakukan?
kasi pelangkung kah dekat wanita itu?hehe
@his_her, sukati ko
jgn pelangkung anak org
kang dpt title “jailman” lak …
x kuasa .. muahahaha
ahahhaa,mmg betul pun.
bersepah sekarang abg angkat la,adik angkat la…
last2 sume terangkat
Twitter: einztrigger
(4 comments.)
Zaman sekarang ada ke orang tak bercinta dulu sebelum kahwin? Yang biasanya orang kenal2 dulu, kendian kapel, bercinta…pastu tunang n then kawen…
setan memang slalu dok goda mereka2 yang berkapel nih, silap2 boleh terlanjur tu yg bahaya…apa2pun kena lah pandai kontrol diri dari hanyut dek nafsu n setan…huhu
hehe. kadang2 benda ni bagi pengalaman yang besar. bukan cintan sahaja. tapi mungkin dapat rasa apa itu kekecewaan, kehilangan, dan kepentingan orang sekeliling spt kawan2, family dsb
ubey’s last blog post..Siri Lepas Geram 1: Sahabat?
hurm… mmg susah kan bercinta sebelum kawen… tapi mmg byk mendatangkan keburukan dari kebaikkan… mmg byk kes terjadi… tapi kalo dah couple nak wat camne? takkan nak biar putus? so kene jaga aje la.. minimumkan jumpa, dating n sebagainya… dan aku bersyukur pada Allah kerna mendapat pasangan yg mmg jauh sgt di mata, namun dekat di hati.. at least Allah nak hindarkan kami dari dekatkan diri dari zina… amacam bro, ok tak kalo aku dating setahun sekali dan waktu dating tu, bawa bersama mak ayah wanita tersebut??? kira oke la kan? hehehhee….
Kill-Vearn’s last blog post..Adding ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command
Assalamualaikum.Di sini saya nak tanya.Boleh tak saya bagi hadiah kat sorang budak perempuan nie??Hadiahnya ialah sarung lengan dan juga ma’surat.Saya x tahu sama ada tindakan saya ini betul atau tidak.Saya harap anda boleh bagitau kat saya dengan mengirimkan e-mail kepada saya
muhd_abdul_aziz@yahoo.com.Salam.bye
WWWWWWWOOOOOOOOOOOOOOOOIIIIIIIIIIIII NNNNNNNKKKKKKKKKK KKKKKKKKKKKKAPPPPPPPPPPPPEEEEEEEEEEEEEEEELLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLEEEEEEEEEEEEEEHHHHHHHHHHHHHHHHH XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
islam memang haramkan trus kapel2 neh..matlamat x menghalalkan cara…uwaa bila la aku nak der couple … bukan la nak bercouple tapi pasangan idop ececehhh…
moonie’s last blog post..moovie!
@moonie, hoho .. dah tiba jodoh ko, kapel le nanti ..
memg betul cakap Tuan dan saya mengakuinya bercinta x seeloknya sebelum melngkah alam perkahwinan
tapi bagaimana dengan sikap dan naluri manusia itu sendiri yang ingin menyintai dan dicintai..
salam…mohon izin copy ke blog sy blh?