WordPress dan Facebook adalah dua aplikasi yang sangat berkuasa dan mempunyai banyak kelebihan jika kita tahu untuk gunakannya. Adakah anda ingin dapatkan lagi trafik ke blog anda melalui Facebook? Selain daripada membuat auto post ke Facebook untuk page anda, ada satu cara lagi untuk mempromosikan blog anda dan cara ini adalah lebih hebat dan dijamin memberi kesan yang cukup besar kepada blog anda.
Bagaimana?
Mari kita membuat aplikasi khas Facebook khas untuk blog anda! Cara ini hanya untuk blog yang menggunakan platform WordPress. Platform blog yang lain mungkin boleh cuba untuk install
Apa yang diperlukan?
1. Blog anda mestilah menggunakan platform WordPress
2. Plugin WPBook
3. Akaun Facebook
Mari kita buat aplikasi Facebook sekarang! Masuk ke Facebook Developer
Kebanyakan blogger pengguna wordpress biasanya hanya suka menggunakan plugin untuk sesuatu tujuan pada blog anda. Penggunaan plugin memang mudah tetapi terlalu banyak penggunaan plugin juga akan menyebabkan sesuatu loading pada blog akan perlahan dan menyebabkan pelawat blog tersebut akan berasa bosan kerana tidak sabar menunggu.
Cara lain adalah dengan memasukkan terus coding samada <html> atau <php> ke <php> file anda. Kebiasaannya jika kita salah letakkan coding tersebut maka “error” akan ditunjukkan dan boleh menyebabkan blog anda tidak boleh dimasuki oleh pelawat.
Kita boleh edit kembali pada <php> file kita tetapi kebiasaannya blog anda memang tidak boleh dimasuki lagi. Penyelesaiannya? Edit melalui cPanel File Manager!
Melalui cPanel File Manager, anda boleh edit dan pastikan blog anda sentiasa selamat untuk dibaiki kemudian jika ada apa-apa masalah berlaku kepada coding anda. Ikuti langkah berikut.
Baca selanjutnyaSatu entri yang ringkas.
Ramai blogger di Malaysia menggunakan platform blogger dan wordpress untuk berblog. Antara alasan mereka yang menggunakan platform blogger (blogspot) tersebut adalah:
- mudah nak di gunakan
- FREE
- saya blogger junior
- saja suka-suka
sementara pengguna WordPress self-hosted pula
- platform blog terbaik
- banyak plugin
- x tau coding html dan php pun takpe sebab wordpress memang dah power
- otai blogger mestilah gunakan wordpress, baru blog nampak hebat
Tahukah anda bahawa terdapat 5 lagi platform blog yang tak kurang juga hebat dan mudah untuk digunakan?
1. Joomla
Ia merupakan suatu platform open-source dan jika anda minat coding, html dan php anda akan dapat membuat blog anda menjadi super-duper tanpa perlu menggunakan plugin. Kelemahannya adalah not user friendly.
2. tumblr
Satu platform blog yang simple dan minimalis. Sesuai untuk mereka yang suka menulis dan tak mementingkan sidebar yang sarat dengan benda asing. Juga sesuai untuk LIVE blog dan bestnya ia adalah percuma dan mesra mobile terutama untuk pengguna iPhone.
3. Posterous
Satu platform yang hampir sama dengan tumblr tapi lagi mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan anda untuk mendaftar. Apa yang perlu hanyalah emailkan melalui email atau melalui smartphone anda terus ke email posterous dan post anda siap untuk dilayari.
4. LiveJournal
Satu lagi platform blog yang agak hebat dan mempunyai antaramuka yang ceria. Sesuai untuk blog peribadi atau juga buat journal harian. Boleh juga menukar blog anda menjadi seperti sebuah e-book yang hebat!
5. Drupal
Platform blog open source yang agak menarik dengan keupayaan untuk mengedit yang hebat jika anda mahir dalam hal-ehwal coding, html dan php. Sesuai untuk blog peribadi atau sebarang blog yang berniche pelbagai.
Selamat mencuba!
Follow diari saya di blog tumblr saya > Today is hydir
Selama ini anda pernah belajar tentang kitaran hidup rama-rama, pokok dan haiwan-haiwan lain. Pernahkah anda tahu bahawa Blogger juga mempunyai kitaran hidupnya yang tersendiri?
- Ini merupakan surat beranak atau sijil lahir kepada mana-mana individu untuk menyatakan bahawa beliau telah lahir di dunia cyber ini. Apa juga aplikasi akan memerlukan anda meletakkan email terutama sekali jika anda ingin ber’Blog”.
Jaringan Sosial
- Selepas ada email biasanya anda akan buka akaun laman sosial yang ada seperti myspace, friendster dan juga facebook. Di sini anda mula mendapat info-info tentang dunia cyber, dan mula di dedahkan dengan apa itu blog oleh rakan-rakan maya anda.
Blogger (Blog pertama anda!)
- Setelah mendapat maklumat tentang kawan-kawan cyber anda yang lain ada blog, maka anda mula mencuba-cuba mencari platform blog yang sesuai dan PERCUMA! Nah! Blogger menawarkan ia. Maka bermulalah hidup anda sebagai blogger. Anda akan buat kerja-kerja blogwalking, tanya tutorial dan sebagainya daripada otai-otai blog.
Iklan (tahap golongan marhaein)
- Semakin lama semakin seronok anda berblog dan rakan blog pun makin ramai. Ada yang akan suruh anda letak le iklan kat blog ko tu. Iklan apa ya? Maka pada permulaannya anda akan meletakkan yang paling mudah dan tak leceh iaitu Google Adsense dan mungkin juga Nuffnang! Wah! Income dah ada le pulak!
WordPress (Naik pangkat sikit!)
- Anda rasa ilmu berblog anda makin hebat tapi anda tengok ada sesetengah blog rakan anada begitu cantik dan tertarik! Oh! Dia guna wordpress rupanya. Nak cuba juga le. Anda mula menceburi platform WordPress secara kecil-kecilan dahulu. Nak mula belajar semula tentang php, plugin dan sebagainya. Susah juga tapi cantik sangat le wordpress ni!
Self-hosted Blog!
- Anda dah bersedia untuk menjadi blogger tegar! Nak dapatkan kekuatan maksimum dalam berblog perlu guna self-hosted blog! Maka anda akan mula survey hosting mana yang paling baek dan paling murah dan berbaloi. Dah dapat. Terus langgan penyedia server itu. Anda kini telah menggunakan self-hosted blog! Hebat!
Iklan (tahap golongan bangsawan)
- Dengan self-hosted blog anda, peminat blog anda beratus-ratus malah beribu-ribu jika disaksikan pada Google Friend Connect dan Facebook fans Page di blog anda. Anda rasa income anda terlalu sikit melalui iklan. Penyelesaiannya? Iklan golongan bangsawan iaitu innity dan juga Admax! Wah! Makin mencanak-canak income dari iklan anda!
Sibuk … busy .. banyak kerja lah!
- Setelah anda mencapai tahap tersebut anda kemudian di hujani persoalan dan kemusykilan. Nak terus berblog aja kah? Kalau dulu aku student bolehlah memberi komitmen 100% kepada blog tapi kini aku dah kerja, dah kahwin, dah ada anak! Nak berblog pun makin tak sempat ni. Post pun makin merapu jer. Trafik pun makin slow!
- Oh! blog aku makin malap dan akhirnya terbiar! Bersawang sana-sini!
- Oh! Akhirnya blog aku mati dan kemasyuran blog aku juga turut mati! Beginikah pengakhirannya bagi blogger?
- Indahnya seketika tapi sekali jatuh nak bangun semula memakan masa!
- Mungkin anda perlu lahir semula dengan email yang baru jika anda hidup semula sebagai blogger tegar!
Jadi itulah kitaran hidup seorang blogger. Anda sekarang dalam kitaran yang mana?






