Bidang kejuruteraan adalah bidang yang mencabar. Memang tidak menjanjikan keseronokan semasa tempoh bekerja. Ia memerlukan daya mantik dan penaakulan yang baik dan tepat. Bidang ini sering di kaitkan dengan lelaki dimana lelaki adalah dominan berbanding kaum perempuan terutamanya yang melibatkan kerja-kerja luar (field work).
Maka perempuan memang tak sesuai jadi “field” engineer kerana:
- Kerja kat luar tidak menjanjikan tempat dan persekitaran yang sihat untuk engineer wanita. Tapak pembinaan biasanyan umpama tapak peperangan dengan pelbagai jentera dan persiapan awal yang luar biasa sibuknya.
- Majoriti pekerja adalah lelaki yang tegar kelelakiannya. Kalau engineer wanita yang tegur dan arah-arahkan mereka, maka tidak mustahil mereka akan menjuih dan buat tak ambil pusing arahan-arahan yang diberikan.
- Kerja kadang-kadang melibatkan masa hingga ke malam. Bagi yang berkeluarga memang menjadi masalah. Silap-silap suami akan masam mencuka. Kalau sehari dua mungkin tidak apa tetapi jika berterusan hingga berbulan-bulan mahu suami “mati beragan” nanti.
- Persekitaran kerja adalah kasar. Kadang-kadang engineer juga perlu “hands-on” dan bukannya hanya memberikan arahan semata-mata. Boleh ke perempuan nak pikul spanar, guna chain block, guna hidraulik system sendiri?
- Di sebabkan persekitarannya yang kasar, tak mustahil “sexual harassment” berlaku secara lisan dan perbuatan. Sabar ke?
- Sesetengah kerja memerlukan panjat-memanjat, memasuki lubang dan ruang terkurung untuk tujuan pemeriksaan. Sangat tak sesuai untuk perempuan!
p/s: Itu hanya tanggapan biasa masyarakat untuk engineer wanita. Kini dah makin ramai wanita yang join field work ini.
p/s/s: Apa kata anda?
Di suatu hari ..
Kak M: Salam Encik. Jemput ke kenduri majlis pertunangan anak saya encik pada 1 Februari ni. Ni kad jemputan nya. Kami buat sampai malam dan ada karaoke sekali.
Encik H: Huishh .. bertunang pun ada kad jemputan jugak. Macam nak jemput kenduri kahwin pulak.
Kak M: Ikut kehendak anak-anak encik. Diorang yang nak sangat buat macam ni.
Encik H: Mesti banyak habis belanja. Bakal menantunya kerja apa?
Kak M: Kerani bank aja … pandai-pandailah diorang nanti nak kumpul duit nanti.
Macam dah jadi suatu trend pula yang majlis bertunang buat secara besar-besaran walaupun bukan dari kalangan artis, VIP ataupun anak orang kenamaan. Jika artis or VIP buat mungkin ada sponsor dari pelbagai pihak yang nak lari dari cukai, orang biasa sekarang pun tak nak mengalah juga! Semua nak buat majlis tersebut secara “grand” dan hebat! Biar jiran-jiran berkata .. “Wah .. hebatnya majlis pertunangan anak kamu ni”
Tapi adakah mereka terfikir yang membuat majlis pertunangan tu mungkin akan menyempitkan hidup mereka kelak? Ya lah .. duit nak buat majlis pertunangan secara besar-besaran tu kena di adakan juga. Kalau dah jemputan sampai 300 orang belum kira lagi dengan barang-barang hantaran dan persiapan lain, mahu juga cecah sampai RM4-5 ribu belanjanya!
Kesian kepada si lelaki (dan juga perempuannya!) untuk menghimpun duit sebegitu banyak semata-mata nak buat majlis yang gah. Mungkin ada yang terpaksa meminjam dan berhutang untuk majlis pertunangan ini. Itu belum lagi untuk majlis perkahwinan kelak. Mungkin hutang majlis pertunangan belum habis dah kena tambah pula dengan hutang majlis perkahwinan! Nanti anak dah 2-3 orang pun hutang belum langsai lagi.
Apa yang terbaik?
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Memadai untuk sanak saudara dan juga jiran terdekat sahaja. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.
Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
Lain-lain yang perlu tahu tentang pertunangan ..
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah (boleh dipercayai)
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Apa-apapun, jangan kerana nak seronok dan gah sebentar tapi kemudian hari malu sahaja yang dapat!
p/s: Jangan ada dosa dalam usaha untuk membuat pahala.
p/s/s: Kesian tengok kawan-kawan yang bergolok-gadai semata-mata nak bertunang! Kalo nak berkahwin esok ntah macam mana le pulak nanti ..
Kredit:
Salam semua.
Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.
Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.
Terpanggil kepada permasalahan en. megat, saya meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda kita prihatin.
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang en. megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak
Ikut langkah ini:
- Copy dan paste ribbon diatas.
- Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
- Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
- Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
- boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya
p/s: Bloggers, show your support as we care!



