Raqib dan Atid: berilah Atid lebih kerja!

July 26, 2010  |  Islamic  |  No Comments

Setiap hari kita akan melakukan perkara kebaikan dan juga perkara keburukan samada kita sengaja atau tidak sengaja.

Sedar atau tidak, banyak perkara keburukan berbanding perkara kebaikan yang kita lakukan seperti melihat aurat orang lain, mencuri waktu kerja untuk membuat kerja lain, menipu Surat Sakit @ MC, mencarut, menggatal dan curang, tak hormat kedua-dua orang tua, melewat-lewatkan solat dan meninggalkannya dengan sengaja, berjudi, menilik nasib dan sebagainya.

Malaikat Raqib yang mencatat keburukan selama ini bekerja keras mencatat dosa dan keburukan kita. Buku catatan sebelah kiri kita lebih cepat penuh berbanding buku amalan sebelah kanan!

Kasihannya kita …

Namun rahmat Allah dan kasih sayang Allah menyelamatkan kita. Diberinya pahala 10 kali ganda jika dilakukan berbanding 1 dosa yang dibuat.

Maka, gunakanlah rahmat Allah itu dengan memberi kerja yang lebih kepada malaikat Atid untuk mencatat kebaikan dalam buku amalan kita. Berilah malaikat Raqib rehat ketika ini dengan mengurangkan dosa dan keburukan yang kita lakukan.

Bolehkah?

Selamat menambah kebaikan. Selamat Nisfu Syaaban …

Setiap hari menodai wanita dengan mataku!

May 26, 2010  |  Islamic, Isu semasa  |  26 comments

Saya taknak jadi penoda wanita. Wahai wanita, bantulah saya!

1. Berpakaianlah seperti yang disyariatkan.
2. Berhiaslah untuk suami mu sahaja.
3. Berfesyenlah tapi jangan melebihi apa yang patut kamu tunjukkan.
4. Simpanlah aset mu untuk yang hak sahaja. Kami lelaki-lelaki yang lain ni tiada satu hak pun ke atas kamu.
5. Berbicaralah dengan kami dengan tegas dan bukan bermanja-manja.
6. Berjalanlan dengan sopan dan bukannya menggedik merata-rata.
7. Bergambarlah kamu dengan rakan-rakan dengan aksi seksi atau tak tapi jangan tunjukkan kepada kami yang tiada hak ke atas kamu.
8. Tak payahlah nak mandi-manda di tempat terbuka kerana bila basah habis terpampang semuanya.

Sesungguhnya, sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah!

p/s: Pagi tadi sebelum pergi kerja tengok promo program Akademi Al-Quran musim ke-4 kat TV3, ada satu bahagian promo dimana pengacara wanita bertudung dan berbaju blouse tetapi berseluar jeans ketat! Apakah?

[Khas Maulidur Rasul 1431H] Allah mengasihi mu, Malaikat berselawat ke atas mu .. KITA?

February 25, 2010  |  Islamic, Khas  |  17 comments

Rasulullah_s_a_w_by_riddler_inc

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana meminjamkan lagi usia dan kesempatan kepada kita untuk hidup di dunia ini lagi. Saya dah berumur 32 tahun hidup di muka bumi Malaysia ni merasa amat bertuah dapat meneruskan dan mengamalkan agama kita dengan aman dan selamat walaupun banyak isu-su yang melanda seperti:

Kita adalah umat Nabi Muhammad. Nabi terakhir dan penutup segala risalah kenabian. Kita kerap menyatakan bahawa kita cinta dan sayang kepada baginda junjungan kita. Kita katakan bahawa kasih sayang kita jauh lebih tinggi berbanding dengan kasih dan cinta kita terhadap isteri, anak-anak, kekasih, harta dan kerjaya kita.

Apakah tanda kita kasih dan cinta kepada baginda junjungan kita?

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59)

1. BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

Kita menyayangi Rasulluah S.A.W dengan tidak membenarkan orang mempermain-mainkan Rasulullah S.A.W. Tahukah anda bahawa apabila mendengar sesiapa menyebut Rasullah S.A.W maka kita di galakkan untuk membalasnya dengan menyebut juga S.A.W?

2. MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

3. BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

4. MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain… (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5. MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Allah mengasihi Rasulullah S.A.W., malaikat berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. tapi KITA?

    • Kita masih leka menonton televisyen sehingga lewat menunaikan solat.
    • Kita leka bersukan sehingga mengabaikan aurat dan waktu solat kita.
    • Kita gemar berhibur menonton wayang atau ke konsert sedangkan kita tidak ke majlis-majlis ilmu bagi menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Pencipta.
    • Kita rela membeli PS3, handphone berjenama, baju dan kasut yang mahal-mahal tapi tak mampu nak beli buku tafsir terjemahan al-quran, buku sirah sahabat, pakaian khas untuk beribadat.
    • Kita mampu menjamu selera dengan pizza, makanan segera yang lain tapi tak mampu nak jadikan tamar sebagai makanan harian.
    • Kita berusaha sebaik mungkin dalam kerja dan kerjaya kita tapi kita tak mampu buat sebaik dan sesempurna mungkin untuk ibadat kita.
    • Kita mampu menelaah ilmu kejuruteraan, ilmu programming language, ilmu script dan php, ilmu sains dan ekonomi tetapi kita tak mampu menelaah ilmu dari kitab Al-Quran.

Inikah sikap kita terhadap kekasih kita yang terutama ini?

p/s: Sesungguhnya kita semua dalam kerugian! Moga kita semua dapat memperbaiki diri dan benar-benar menghayati sambutan Maulidur Rasul dalam diri kita setiap hari!

SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA PEMBACA hydir(dot)com

Kredit: I Luv Islam

Online dengan Tuhan

January 31, 2010  |  Islamic, Motivasi  |  18 comments

“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”

Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.

Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Kita boleh ber”facebook” dan ber”blog” berjam-jam lamanya tapi kita tak online diri kita dengan Dia. Kita lupa nak add Dia dalam kehidupan kita, kita lupa nak ber”blog” tentang Dia, kita lupa nak berkempen tentang Dia, kita jarang ber”shout box” dengan Dia melalui solat, kita hanya silent reader ketika beronline dengan Dia, kita taknak berkomentar dengan Dia.

Sesungguhnya kita kerap memutuskan online kita dengan DIa. Bukannya sebab kita menggunakan dial-up atau broadband tapi memang kita lupa pada Dia!

Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

p/s: Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Kalaulah kita tahu betapa indahnya beronline dengan tuhan nescaya kita akan sentiasa rindu padanya!

Kredit