Salam semua. Lama saya tak update blog ni kerana saya kini telah bertukar kerja dari Johor ke Penang. Jadi 3 minggu kebelakangan ini memang sibuk sebab nak pindah dan sesuaikan diri dengan tempat kerja yang baru.
Di tempat kerja yang baru memerlukan saya menggunakan banyak engineering software dan engineering drawing dan laptop saya sekarang ni hanya sesuai untuk kerja-kerja office sahaja.
Penyelesaiannya? I want to unleash Mac Book Pro to my new career!
Hari ni saya berkesempatan untuk mendapatkan gadget yang memang saya idamkan semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini iaitu Mac Book Pro 13″ powered by Mac OS X Snow Leopard as it brain.
Pandangan pertama saya terhadap MacBook Pro ini memang marvellous. Bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Windows OS. Saya yang menggunakan Windows 7 dan menganggap Win 7 adalah hebat tetapi setelah bermain sebentar dengan OS X ni mengaku bahawa Win 7 memang tak boleh langsung menandingi OS X dari pelbagai sudut samada load up, display, clean interface, stability dan pelbagai lagi.
Spesifikasi
MacBook Pro
OS: Mac OS X Snow Leopard
Processor: 2.4GHz Intel Core 2 Duo
RAM: 4GB 1066MHz DDR3 SDRAM – 2x2GB
Display: 13″ LED Display
Hard Disk: 250GB Serial ATA Drive @ 5400 rpm
Optical Drive: SuperDrive 8x (DVD±R DL/DVD±RW/CD-RW)
Graphic Card: NVIDIA GeForce 320M graphics
Port: 2-USB port and 1 mini USB Port, Ethernet, SD Card Reader
Ada beberapa lagi fungsi yang menarik iaitu:
- backlit light keyboard (boleh menaip dalam keadaan gelap)
- multitouch keypad yang boleh mengesan sehingga 4-jari dengan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri
- tiada antivirus kerana tiada virus untuk Mac
- software dan hardware dikeluarkan sendiri oleh Apple maka response time sangat-sangat cepat dan mengagumkan
Ada banyak lagi yang menarik ketika menggunakan MacBook Pro yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Anda kena mencubanya sendiri dan baru mengetahui bagaimana hebatnya OS ni berbanding dengan Windows OS samada XP, Vista mahupun Windows 7!
Disebabkan OS X adalah dalam platform Unix, maka ia adalah cukup stabil.
Anda juga boleh download OpenOffice untuk menggunakan Office Application jika tidak mahu menggunakan iWorks atau Microsoft Office 2008 for Apple.
Jika anda ragu-ragu tiada atau kurang 3rd party applications atau software untuk MacBook Pro maka anda silap kerana hampir semua aplikasi popular yang anda tahu adalah compatible dengan OS X e.g. Tweetdeck, Skype, YM, Adobe dan pelbagai lagi.
Setiap pembelian akan mendapat jaminan/warranty selama setahun dan boleh di upgrade ke 3-tahun dengan sedikit tambahan pembayaran. Pastikan anda membelinya di penjual yang sah seperti melalui Apple Store Malaysia, Machines atau Switch untuk memastikan MacBook anda adalah asli.
Harga? Model 13″ ini dijual pada harga permulaan RM3899 dengan jaminan 1 tahun. Walaupun agak mahal tetapi berbaloi-baloi untuk jangka masa panjang.
Okey. Nak bermain-main lagi dengan MacBook Pro ni. Masih banyak yang perlu di explore untuk mengetahui kuasa terpendamnya supaya boleh di “unleash” kan ke tahap maksimum!
Catatan: iPhone + MacBook Pro = Awesome!
Pernahkah anda tertinggal membawa dokumen yang penting apabila hendak ke pejabat atau ke sesuatu tempat yang jauh?
Ada sesetengah dokumen itu yang kita perlukan dan kita terlupa membawanya dan tertinggal di rumah atau di dalam pendrive/notebook kita. Masa tu rasanya dunia rasa kelam dan kita menggelabah tak tahu nak buat macam mana sedangkan kita hanya ada beberapa minit sahaja lagi untuk membuat presentation atau submit kerja kita.
Penyelesaiannya?
Gunakan aplikasi share documents secara online untuk mengatasi masalah tersebut!
Ada banyak web yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan ini adalah 5 aplikasi web yang terbaik untuk digunakan.
Baca selanjutnyaBlogger hari ini memperkenalkan Blogger Template Designer – suatu aplikasi yang membolehkan anda mengubahsuai template anda mengikut citarasa anda sendiri.
Jika selama ini anda hanya menggunakan template WordPress yang di convert ke blogger tapi kini Blogger menawarkan template yang cantik dan indah dan anda boleh ubahsuainya secara LIVE!
Kenapa anda perlu cuba dan gunakan ia?
- Template Designer ini menawarkan 15 template serba baru dan juga mudah di ubahsuai mengikut citarasa anda.
- Terdapat template untuk satu, dua dan juga tiga ruang (column) untuk anda. Apa yang lebih menarik, anda boleh set kan saiz template anda tu secara mudah.
- Gambar background yang menarik boleh digunakan. Terima kasih kepada istockphoto.
Bagaimana nak gunakan Blogger Template Designer?
- Login masuk ke Blogger in draft di sini. Gunakan username dan password yang sama seperti akaun Blogger anda.
- Klik pada tab layout
- di hujung sebelah kanan anda akan dapat melihat tab Template Designer
Jika anda masih tidak jelas tentang Blogger Template Designer, sila ikuti video ini.
Apa yang anda boleh EDIT?
- Anda boleh mengedit template anda dengan menggunakan template yang disediakan.
- Anda boleh edit background dengan pelbagai gambar daripada istockphoto
- Anda boleh edit Layout samada anda nak satu, dua atau tiga ruang (column)
- Anda boleh edit macam-macam lagi pada tab Advanced seperti tajuk blog, gadget, image dan sebagainya
Kepada pengguna platform blogger mesti mencuba Blogger Template Designer ini.
p/s: Selamat mencuba
Salam sejahtera semua.
Kepada pengguna Windows 7, saya baru nak mencuba buat Windows 7 Customisation Theme. Apa customisation theme ni?
Pengguna Windows 7 mempunyai keistimewaan menggunakan background dan windows theme yang berfungsi secara slider iaitu gambar background akan bertukar dalam sela masa yang tertentu.
Feature Windows 7 Malaysia Blogger Theme
- Memaparkan 10 blog terpilih tanpa sebarang prejudis ..
- Slider background bertukar-tukar setiap 1 minit.
- Format gambarnya dalam png
- Sound enable
Download size adalah 6.0MB | Download (Dalam format Zip)
Semua dijemput mencuba dan beri komentar tentang Windows 7 Theme ini!
p/s: Saya rasa masih banyak lagi yang kurang dalam theme ni .. anda ada cadangan?
Kredit: Amanz, Justkhai, Shamhardy, Topotato, Azmanishak, Kujie2, Hurulaini, Obefiend, Denaihati, Gengblogger







