[Khas Maulidur Rasul 1431H] Allah mengasihi mu, Malaikat berselawat ke atas mu .. KITA?

February 25, 2010  |  Islamic, Khas  |  17 comments

Rasulullah_s_a_w_by_riddler_inc

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana meminjamkan lagi usia dan kesempatan kepada kita untuk hidup di dunia ini lagi. Saya dah berumur 32 tahun hidup di muka bumi Malaysia ni merasa amat bertuah dapat meneruskan dan mengamalkan agama kita dengan aman dan selamat walaupun banyak isu-su yang melanda seperti:

Kita adalah umat Nabi Muhammad. Nabi terakhir dan penutup segala risalah kenabian. Kita kerap menyatakan bahawa kita cinta dan sayang kepada baginda junjungan kita. Kita katakan bahawa kasih sayang kita jauh lebih tinggi berbanding dengan kasih dan cinta kita terhadap isteri, anak-anak, kekasih, harta dan kerjaya kita.

Apakah tanda kita kasih dan cinta kepada baginda junjungan kita?

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59)

1. BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

Kita menyayangi Rasulluah S.A.W dengan tidak membenarkan orang mempermain-mainkan Rasulullah S.A.W. Tahukah anda bahawa apabila mendengar sesiapa menyebut Rasullah S.A.W maka kita di galakkan untuk membalasnya dengan menyebut juga S.A.W?

2. MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

3. BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

4. MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain… (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5. MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Allah mengasihi Rasulullah S.A.W., malaikat berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. tapi KITA?

    • Kita masih leka menonton televisyen sehingga lewat menunaikan solat.
    • Kita leka bersukan sehingga mengabaikan aurat dan waktu solat kita.
    • Kita gemar berhibur menonton wayang atau ke konsert sedangkan kita tidak ke majlis-majlis ilmu bagi menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Pencipta.
    • Kita rela membeli PS3, handphone berjenama, baju dan kasut yang mahal-mahal tapi tak mampu nak beli buku tafsir terjemahan al-quran, buku sirah sahabat, pakaian khas untuk beribadat.
    • Kita mampu menjamu selera dengan pizza, makanan segera yang lain tapi tak mampu nak jadikan tamar sebagai makanan harian.
    • Kita berusaha sebaik mungkin dalam kerja dan kerjaya kita tapi kita tak mampu buat sebaik dan sesempurna mungkin untuk ibadat kita.
    • Kita mampu menelaah ilmu kejuruteraan, ilmu programming language, ilmu script dan php, ilmu sains dan ekonomi tetapi kita tak mampu menelaah ilmu dari kitab Al-Quran.

Inikah sikap kita terhadap kekasih kita yang terutama ini?

p/s: Sesungguhnya kita semua dalam kerugian! Moga kita semua dapat memperbaiki diri dan benar-benar menghayati sambutan Maulidur Rasul dalam diri kita setiap hari!

SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA PEMBACA hydir(dot)com

Kredit: I Luv Islam

Blogger We Care – Selamatkan Generasi Ini!

February 16, 2010  |  Khas  |  22 comments

Bayi ini tidak bersalah!

Salam sejahtera semua.

Saya dan rakan-rakan sekarang dalam proses membuat proposal untuk di hantar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani gejala buang bayi dan juga masalah sosial yang berkaitan dengannya.

Minta kerjasama daripada semua untuk melengkapkan undian ini dan juga jika ada sebarang cadangan untuk disalurkan ke Kementerian.

Suara blogger semua amat dialu-alukan.

p/s: Anda juga di jemput untuk memberi sebarang cadangan, komentar dan apa sahaja di ruangan komentar. Komentar dari anda semua akan di “compile” untuk di hantar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

p/s/s: I Care, You Care, We Care!

Terima kasih Nuffnang dari Blogger We Care

February 5, 2010  |  Khas  |  22 comments

Selepas perbincangan antara Blogger We Care dan pihak Nuffnang pada 28 Januari 2010 tempoh hari maka secara rasminya Nuffnang telah mengeluarkan post istimewa di blog Nuffnang tentang adik Ammar dan juga membuat Charity Ads untuk iklan Nuffnang di setiap blog yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan nuffnang.

ammar at nuffnang

Sehubungan dengan itu, saya meminta semua Blogger mengaktifkan “Charity Ads” ini melalui langkah berikut:

  1. Login ke akaun nuffnang anda
  2. Klik pada ikon Blog Manager
  3. Pada Ads Preference, pilih “Show Charity Ads”
  4. Selesai!

Anda boleh lihat serta-merta di ruangan iklan Nuffnang di blog anda yang akan menunjukkan gambar adik ammar.

Ayuh semua Blogger, ayuh kita terus semarakkan kempen Blogger We Care adik Ammar ini.

p/s: Ternyata kempen Blogger We Care tidak sia-sia. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

p/s/s: Terima kasih Nuffnang kerana menyokong kempen ini!

Blogger We Care @Nuffnang Office

January 28, 2010  |  Khas  |  16 comments

blogger we care @Nuffnang

Kempen Blogger We Care adik Ammar memasuki fasa berikutnya pada hari ini.

Ini kerana pada petang tadi di pejabat Nuffnang, Puan Asmaniza dan suami berserta anaknya dan saya juga menemui Nicholas Choy, Country Manager dan Robb Chew, Blogger Realtions Executive dari Nuffnang membincangkan beberapa perkara tentang bantuan yang Nuffnang boleh berikan kepada adik Ammar ini.

Terharu melihat adik Ammar yang masih kecil tapi begitu payah beliau untuk bernafas dan makan. Ini membuatkan semangat Blogger We Care semakin membuak-buak untuk membantu adik Ammar yang malang ini.

Perbincangan dengan pihak Nuffnang selama hampir 30 minit itu membuahkan hasil seperti berikut:

    1. Nuffnang akan membuat satu publish khas post tentang adik Ammar di dalam blog Nuffnang.
    2. Akan mendapatkan bantuan kewangan secara langsung samada melalui iklan atau melalui kaedah lain untuk membantu adik Ammar.
    3. Usaha ini akan digerakkan secepat mungkin bagi memastikan dateline 22 Februari 2010 iaitu tarikh pembedahan adik Ammar akan dijalankan.

Semoga semua blogger akan memberikan terus sokongan kepada kempen ini demi membantu adik Ammar ini.

p/s: Teruskan sokongan anda kepada kempen Blogger We Care

p/s/s: Nantikan pengumuman Nuffnang tentang adik Ammar ini nanti.

ps3: Jangan lupa dapatkan tee Blogger We Care. Tarikh tutup tempahan 30 Jan 2010 ini!