Assalamualaikum
Kepada seluruh muslimin, anda semua diminta untuk membaca qunut nazilah bg setiap kali solat lima waktu bagi menyelamatkan konvoi NGO seluruh dunia termasuk dari Malaysia yang telah diserang Rejim Zionis Terhadap Kapal Konvoi LL4G.
Caranya ialah anda boleh membaca qunut nazilah di rakaat yg terakhir selepas rukuk yg terakhir setiap kali solat….
Baca doakan qunut nazilah. dan amalkan secara berterusan…
Hari ni hari terakhir 2009 dan esok akan bermulanya 1 Januari 2010. Ini bermakna esok adalah tahun baru masihi yang ke 2010! Mesti ramai yang dah plan nak ke mana malam ni untuk menyambut detik 12 tengah malam.
Mungkin ada yang berehat di rumah sahaja sambil layan movie dan internet. Mungkin juga ada yang keluar melepak dengan kawan-kawan di dataran-dataran tempatan. Mungkin ada juga yang tidor aja .. bukan senang nak dapat tidor 2 tahun … hahaha
So, apa yang ada pada 2010? 2010 boleh menjanjikan apa? Apa yang pasti pada 2010 ni akan berlaku dan mungkin berlaku:
- Harga rokok naik ke RM6.40
- Kad kredit akan dicaj RM50 bagi setiap kad
- Bonus makin kurang sebab kerajaan dan syarikat swasta kata ekonomi merudum padahal masa untung juta2 bagi bonus ciput jugak.
- Harga roti canai kedai mamak akan naik lagi RM0.10 … :sigh:
- Harga minyak akan naik lagi
- Eksiden bas akan berlaku lagi tapi kita masih cerita tentang dulu lagi
- Lepas enjin kapal terbang hilang, mungkin kapal selam pula hilang?
- Broadband 4G satu Malaysia .. [hahaha .. get real]
- Akan ada artis2 yang bercerai-berai lagi lepas tu kata dah takde jodoh padahal dia sibuk main kayu tiga
- Nurkasih season 2?
- Brazil juara Piala Dunia dan Ivory Coast juara Piala Afrika
- Ramai geng2 blogger akan mengakhir zaman bujangnya .. kalo sesama blogger, kena buat LIVE blog dan update twitter minute by minute
- Semua ahli parlimen gi bersidang di Parlimen dan buat kerja mereka?
Jadinya, apa yang anda jangka pada 2010?
KB Soccernet secara rasmi menjadi Rakan Blog kepada majalah Kaki Bola.
Satu penghargaan kepada blog KB Soccernet. Terima kasih pada semua yg terlibat!


