Saban hari kita mengalami pasang surut dalam kehidupan kita. Ada masa kita gembira dan ada masanya kita sedih. Kegembiraan dan kesedihan itu mencerminkan jiwa kita, naluri kita dimainkan oleh emosi dan emosi datang dari persekitaran.
Kita selalu beranggapan bahawa kesedihan adalah satu perkara yang kita taknak. Kita nak elakkan dalam kehidupan seharian kita.
Kita hanya mahukan kegembiraan dan kalau boleh kegembiraan yang berpanjangan! Kita selalu beranggapan bahawa kesedihan tidak memotivasikan diri kita dan kita juga selalu beranggapan bahawa kegembiraan akan sentiasa memberi impak yang lebih baik kepada diri kita dalam melayari kehidupan seharian.
Alangkah salahnya kita!
Baca selanjutnyaBidang kejuruteraan adalah bidang yang mencabar. Memang tidak menjanjikan keseronokan semasa tempoh bekerja. Ia memerlukan daya mantik dan penaakulan yang baik dan tepat. Bidang ini sering di kaitkan dengan lelaki dimana lelaki adalah dominan berbanding kaum perempuan terutamanya yang melibatkan kerja-kerja luar (field work).
Maka perempuan memang tak sesuai jadi “field” engineer kerana:
- Kerja kat luar tidak menjanjikan tempat dan persekitaran yang sihat untuk engineer wanita. Tapak pembinaan biasanyan umpama tapak peperangan dengan pelbagai jentera dan persiapan awal yang luar biasa sibuknya.
- Majoriti pekerja adalah lelaki yang tegar kelelakiannya. Kalau engineer wanita yang tegur dan arah-arahkan mereka, maka tidak mustahil mereka akan menjuih dan buat tak ambil pusing arahan-arahan yang diberikan.
- Kerja kadang-kadang melibatkan masa hingga ke malam. Bagi yang berkeluarga memang menjadi masalah. Silap-silap suami akan masam mencuka. Kalau sehari dua mungkin tidak apa tetapi jika berterusan hingga berbulan-bulan mahu suami “mati beragan” nanti.
- Persekitaran kerja adalah kasar. Kadang-kadang engineer juga perlu “hands-on” dan bukannya hanya memberikan arahan semata-mata. Boleh ke perempuan nak pikul spanar, guna chain block, guna hidraulik system sendiri?
- Di sebabkan persekitarannya yang kasar, tak mustahil “sexual harassment” berlaku secara lisan dan perbuatan. Sabar ke?
- Sesetengah kerja memerlukan panjat-memanjat, memasuki lubang dan ruang terkurung untuk tujuan pemeriksaan. Sangat tak sesuai untuk perempuan!
p/s: Itu hanya tanggapan biasa masyarakat untuk engineer wanita. Kini dah makin ramai wanita yang join field work ini.
p/s/s: Apa kata anda?
Cuti perayaan datang lagi. Kali ini kita menyambut perayaan Tahun Baru Cina pula, tahun Harimau mereka kata tahun ni. Tapi tak “ong” sangat mereka kata bagi orang yang bertahun harimau. Bila tiba time cuti, semua orang nak cuti. Tak kira melayu ke, india ke, cina ke, myanmar ke semua nak pergi bercuti.
Mereka-mereka yang tak bercuti akan melihat situasi ni penuh kesyahduan kerana melihat rakan sekerja hilang sorang demi sorang balik bercuti. Rasa masa tu nak cabut balik rumah sahaja layaknya!
Datang ofis melihat meja yang lain kosong, manager pun takde, kerani-kerani ofis yang comel-comel pun takde, memang mood nak bekerja dah dilunturkan seluntur-lunturnya. Oh! Bosannya!
Mari kita buat perkara-perkara yang boleh kita buat jika bosan berada di pejabat!
1. Main game – tak kira le game online atau game yang kita install kat dalam komputer tu. Solitaire, Plant vs Zombies, DOTA semua kasi main. Kalau ada PSP yang baru beli dari SonyStyle tu lagi best untuk digunakan ketika ini!.
2. Baca buku ataupun suratkhabar yang pejabat langgan. Bacalah dari mula sampai habis semua cerita dan berita walaupun kisah cara-cara nak buat kek almond london!
3. Ada internet? Jom layan Facebook, myspace, friendster, twitter, Google Buzz dan sebagainya. Masa ni lah kita nak bersosial dengan kawan-kawan alam maya kita ni. Kalau rasa selama ni tak sempat nak update sebab busy maka gunakan peluang ni untuk update! Main Farmville dan Mafia Wars juga sempat ketika ni.
4. Kantin tempat yang indah. Bawalah kaki ke kantin tu. Makan-makan dan minum-minum sampai bosan sambil melayan sembang makcik kantin. Untung-untung dapat makan minum free
5. Cari tempat yang baik untuk parking badan jap. Maklumlah, penat kerja kan. Kita kasi rehat sikit mata tu. Tapi sebelum tu mesti ada bawa fail-fail bersama. Mana tahu tiba-tiba ada orang cari kita, nampak best sikit kita penat kerja sampai tertidor-tidor!
dan yang last sekali …
+1 dah nama pun kerja, pergi le kerja. Apa nak bosan-bosannya pula!
p/s: Selamat menyambut CNY kepada semua yang support blog ini. Kepada yang bercuti selamat bercuti. Kepada yang bekerja kita ikhlaskan diri untuk terus bekerja!
Kredit for the pictures:
- Cartoon Stock
- email-marketing-reports
- comps.fotosearch


