Tahniah diucapkan kepada mereka sang suami yang dapat bersama isteri dan anak setiap hari!
Anda bertuah kerana dapat memantau perkembangan keluarga anda secara LIVE samada sakit atau demam, sedih atau gembira, susah atau senang dan menguruskan mereka sesempurna mungkin.
Tapi hari ini dan zaman ini memungkinkan perkara tersebut semakin berkurangan kerana ada sang suami yang terpaksa bertugas jauh daripada keluarga. Ada yang bertugas di negeri berlainan, di luar negara atau kerja mereka memaksa mereka sentiasa travel dan hanya dapat pulang pada hujung minggu sahaja.
Pasangan suami isteri ni biasanya akan ada musimnya. Ada pasang-surutnya. Ada “datang bulannya”.
Biasanya masalah ini makin kerap timbul apabila pasangan kurang berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan hambatan dan tuntutan kerja seharian kita. Bila pulang ke rumah pun, kita habiskan masa untuk berehat dan jarang berbual. Berbual pun hanya hal-hal yang penting dan di dalam bilik sebelum tidur.
Itu menyebabkan kita kadang-kadang tertidur ketika berbual dengan pasangan kita!
Penyelesaiannya?
Baca selanjutnyaTahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2009. Satu peningkatan yang membanggakan dan menunjukkan kualiti pelajar semakin baik setiap tahun.
Tapi sedar atau tidak bahawa sudah dua tahun berturut-turut pelajar wanita lebih cemerlang keputusannya berbanding dengan pelajar lelaki. Data rasmi dari Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa pelajar perempuan mendapat Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.94 manakala pelajar lelaki pula 5.79. GPN ini adalah berdasarkan skala 0 – 9 dimana nilai 0 adalah terbaik manakala 9 adalah yang paling teruk.
Selain itu, daripada 7987 pelajar yang mendapat keputusan SPM yang terbaik, 4683 atau 56.83% adalah pelajar perempuan!
Jadi di mana menghilangnya pelajar lelaki ini? Adakah lelaki kini makin malas belajar atau dalam erti kata lain main-main ketika belajar? Adakah pelajar lelaki lebih suka bekerja dari belajar bersungguh-sungguh? Adakah pelajar lelaki rasa belajar itu nombor dua dan hal-hal lain nombor satu? Adakah ramai pelajar lelaki lebih suka terlentang di jalan raya berbanding menelaah buku-buku di perpustakaan?
Jika pelajar lelaki terus dengan sikap acuh tak acuh maka akan datang lelaki hanya layak jadi pekerja manakala perempuan pula menjadi boss atau majikan!
p/s: Tahniah kepada adikku yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang semalam. Adik aku tu pun perempuan, pasal tu dia cemerlang agaknya?



