hydir{dot}com di jemput menyertai Projek 400 Nuffnang!

March 9, 2010  |  Peribadi  |  19 comments

Akhirnya terjawab sudah apa itu Projek 400 Nuffnang yang menjadi misteri kepada ramai Blogger baru-baru ini. Petang tadi, saya menerima e-mail dari Nuffnang berkenaan Projek 400 and you know what? Blog hydir{dot}com di jemput untuk menyertai Projek 400 ini!

Apakah Projek 400 ini? Ia tak lain dan tak bukan adalah projek komuniti yang melibatkan satu produk penjagaan kesihatan!

Hi Nuffnanger!

Tahniah kerana anda terpilih untuk menyertai Projek 400. Anda pasti tertanya-tanya apa itu Projek 400? Projek 400 merupakan sebuah projek di mana kami mengumpulkan 400 para blogger bersama untuk meraihkan program khas …

Nampak program yang dianjurkan adalah menarik dengan pelbagai aktiviti dan happening. Mungkin saya akan join!

p/s: Anda bagaimana? Ada sesiapa yang dapat jemputan Projek 400 ini?

p/s/s: Nak pergi ke tidak ni ya .. hmmm

Sahabat adalah upgrade kepada kawan

March 7, 2010  |  Peribadi  |  35 comments

Dalam hidup ini kita berjumpa dengan pelbagai orang. Ada yang menjadi sekadar kenalan, ada yang menjadi kawan, ada yang menjadi teman dan ada yang menjadi sahabat!

Kenalan adalah insan yang kita kenal tapi kiat tak semestinya tahu latar belakang hidup dia. Mungkin sekadar tahu nama beliau dan dimana dia tinggal sahaja. Ini adalah biasanya kawan kepada kawan kita.

Kawan adalah lebih mesra di mana kita tahu latar belakang dia, kesukaan dia, mana tempat hang-out dia, siapa kawannya yang lain dan pelbagai lagi. Kawan kadang-kadang boleh membantu ketika susah tetapi biasanya akan ada ketika senang.

Apa itu sahabat? Mereka adalah kawan tetapi dalam upgrade version! Mereka sanggup bersusah-payah unuk kita dan juga sanggup menghulurkan bantuan ketika kita susah. Mereka sedia menghulurkan tangan sebagai sahabat ketika waktu gembira dan waktu sukar. Mereka adalah insan yang akan mengingatkan kita jika kita tersalah langkah!

Ayuhlah kita upgrade kawan-kawan kita menjadi sahabat. Bagaimana? Anda yang lebih mengetahuinya!

p/s: Terima kasih kepada sahabatku Hafizul, Jurutera Petronas di Melaka kerana membantu aku yang kesusahan tadi walaupun dia sendiri sibuk dengan kerjanya. Thank you bro! I owe you one! Ini bukan pertama kali ko bantu aku ketika aku susah :)

p/s/s: Anda ada sahabat sejati?

10 Tanda Anda Dah Tua walaupun hakikatnya anda masih muda!

February 21, 2010  |  Peribadi  |  25 comments

Mari kita lihat samada anda mempunyai ciri-ciri berikut.

anda dah tua lah!

Jika anda ada antara ciri-ciri diatas maka sememangnya lah anda dah tua walaupun umur anda baru 25 – 30 tahun!

p/s: Semalan semasa shopping2 di Jaya Jusco 2 Melaka, ada seorang promoter girl panggil saya, “Pakcik, nak tak cuba produk XXXXX ni. Produk ni sesuai untuk Pakcik” Pakcik? Adeh .. saya muda lagi ler adik oiiii :P

p/s/s: Cisdel betul …

ps3: Tapi saya memang ada ciri-ciri kat atas tu pun .. :)

5+1 perkara yang anda boleh lakukan jika bosan di pejabat

February 13, 2010  |  Motivasi, Peribadi  |  17 comments

Cuti perayaan datang lagi. Kali ini kita menyambut perayaan Tahun Baru Cina pula, tahun Harimau mereka kata tahun ni. Tapi tak “ong” sangat mereka kata bagi orang yang bertahun harimau. Bila tiba time cuti, semua orang nak cuti. Tak kira melayu ke, india ke, cina ke, myanmar ke semua nak pergi bercuti.

Mereka-mereka yang tak bercuti akan melihat situasi ni penuh kesyahduan kerana melihat rakan sekerja hilang sorang demi sorang balik bercuti. Rasa masa tu nak cabut balik rumah sahaja layaknya!

Datang ofis melihat meja yang lain kosong, manager pun takde, kerani-kerani ofis yang comel-comel pun takde, memang mood nak bekerja dah dilunturkan seluntur-lunturnya. Oh! Bosannya!

Mari kita buat perkara-perkara yang boleh kita buat jika bosan berada di pejabat!

1. Main game – tak kira le game online atau game yang kita install kat dalam komputer tu. Solitaire, Plant vs Zombies, DOTA semua kasi main. Kalau ada PSP yang baru beli dari SonyStyle tu lagi best untuk digunakan ketika ini!.

main game

2. Baca buku ataupun suratkhabar yang pejabat langgan. Bacalah dari mula sampai habis semua cerita dan berita walaupun kisah cara-cara nak buat kek almond london!

baca buku

3. Ada internet? Jom layan Facebook, myspace, friendster, twitter, Google Buzz dan sebagainya. Masa ni lah kita nak bersosial dengan kawan-kawan alam maya kita ni. Kalau rasa selama ni tak sempat nak update sebab busy maka gunakan peluang ni untuk update! Main Farmville dan Mafia Wars juga sempat ketika ni.

internet

4. Kantin tempat yang indah. Bawalah kaki ke kantin tu. Makan-makan dan minum-minum sampai bosan sambil melayan sembang makcik kantin. Untung-untung dapat makan minum free :)

blogger lunch

5. Cari tempat yang baik untuk parking badan jap. Maklumlah, penat kerja kan. Kita kasi rehat sikit mata tu. Tapi sebelum tu mesti ada bawa fail-fail bersama. Mana tahu tiba-tiba ada orang cari kita, nampak best sikit kita penat kerja sampai tertidor-tidor!

sleep

dan yang last sekali …

+1 dah nama pun kerja, pergi le kerja. Apa nak bosan-bosannya pula!

kerja alien

p/s: Selamat menyambut CNY kepada semua yang support blog ini. Kepada yang bercuti selamat bercuti. Kepada yang bekerja kita ikhlaskan diri untuk terus bekerja!

Kredit for the pictures:

  1. Cartoon Stock
  2. email-marketing-reports
  3. comps.fotosearch