Gangguan Seksual: Anda dah buat?
April 8, 2009  |  Isu semasa

Dah lama Kudin perhatikan Siti yang cun tu .. cun yang meleleh macam Jo-Anna Sue, peserta Bintang RTM tu. Hari ni dia nekad.

Kegeraman dia mesti di lempiaskan. Dia berjalan menghampiri Siti dari belakang yang tengah mem’fotostat’ dokumen dan terus menepuk punggung Siti dengan kuat. Siti terkejut dan tergamam dan Kudin terus berjalan dari situ dengan selambadak! Macam takde apa-apa yang berlaku!

Anda pernah dengar atau lihat situasi begini? hoho .. perkara ini terjadi bukan sahaja di pejabat2 .. di sekolah, kolej hatta IPT pun berlaku juga.

Anda pernah buat? Anda dah buat? Tak tahu itu salah? Itulah gangguan seksual namanya!

Gangguan seksual adalah tindakan samada secara langsung atau tidak ke atas individu samada lelaki atau perempuan yang melibatkan seksual. Tak kira ler samada korang sentuh, peluk, cium, usap2, bagi hadiah yang memberahikan, pujuk rayu, tenung macam nak telan dia dan yang sewaktu dengannya.

Oh! tak paham lagi? Sini aku bagi satu contoh tentang gangguan seksual yang orang lain dah buat tapi pembaca semua di minta jangan buat. Kalau nak buat jugak … tanggung sendiri!

Haaa … sekarang dah paham dah!

Kenapa kita buat semua tu? Mental retarded? Jiwa gersang tahap gaban? hoho .. aku pon tak tahu!

Bagaimana nak tangani masalah sebegini? Ada pelbagai cara nak tangani dan undang2 mengenai Gangguan Seksual juga telah di buat oleh kebanyakan syarikat dan badan kerajaan. Tapi, cara yang praktikal bagaimana?

Mungkin pandangan ini kita boleh renungkan.

Dari majlishewi.blogspot.com
Siti Saidatun Nafisah bt Ab Hamid

tears

Pada setiap kali hendak pulang ke kampung, budak perempuan itu mesti terlebih dahulu menalifon ayahnya melalui jiran mereka di rumah dan memberitahu kepada ayahnya bahawa dia ingin pulang ke kampung. Maka selepas itu, ayahnya akan datang ke asrama dengan menaiki bas untuk menjemput anaknya pulang ke rumah. Begitulah juga ketika hendak kembali ke asrama, ayahnya akan menghantar anak perempuannya itu dengan menaiki bas sehinggalah sampai ke asrama, kemudian pulang semula ke rumah dengan menaiki bas”.

Persoalannya, apakah objektif yang diperolehi daripada kisah tersebut? Kisah itu pernah dikemukakan pada rakan-rakan saya di kelas. Kemudian, ditanya kepada mereka, apakah persepsi mereka mengenai budak perempuan itu. Ramai diantara mereka yang mengatakan bahawa budak perempuan itu adalah seorang anak yang manja, tidak pandai berdikari, menyusahkan ibu bapa, dan sebagainya…

Menerusi jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan, dapatlah saya simpulkan bahawa pada zaman ini, ramai yang lupa dengan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘tidaklah harus bagi seorang perempuan itu berjalan pada sepanjang siang dan sepanjang malam kecuali bersamanya suaminya atau bersama mahramnya’. Dan disebabkan keterlupaan mereka ini, maka ramai perempuan sekarang yang berani keluar seorang diri tanpa berteman dan bermahram.

Buatlah apa saja langkah keselamatan. Belajarlah seni mempertahankan diri seperti silat dan taekwandoo, letaklah cctv dimerata tempat, dan apa sahaja. Tetap tidak akan selesai selagi peraturan Tuhan tidak dipatuhi.

Adakah kita bebas dari Gangguan Seksual? Kat mana2 pon tak selamat hatta kat Balai Polis sekalipun. Tak percaya?

Dari onlinecafe.com.my
Hamka

05

Seorang gadis berusia 17 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diperkosa seorang anggota polis berpangkat lans koperal di sebuah balai polis di Selangor, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dia turut dipaksa melakukan seks luar tabii oleh anggota polis berusia 20-an terbabit sebelum dirogol.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama teman lelakinya yang menaiki motosikal, ditahan anggota polis terbabit yang melakukan rondaan di satu lokasi pada jam 5 pagi.

Katanya, anggota polis terbabit yang mendapati teman lelaki mangsa tidak mempunyai lesen motor kemudian dikatakan membawa pasangan itu ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. Kedua-dua mereka disoal siasat dalam bilik berasingan. Mangsa kemudian dikatakan dipaksa menanggalkan pakaian.

Anggota itu dikatakan mengugut mahu menghumban teman lelakinya ke dalam lokap jika mangsa enggan berbuat demikian. Kerana bimbang keselamatan teman lelakinya, mangsa menuruti arahan anggota itu supaya melakukan seks luar tabii, sebelum dirogol anggota terbabit, katanya di sini, semalam.

Semoga kita tak menjadi mangsa atau menjadi pemangsa gangguan seksual ini. So, marilah kita report kalao kita diganggu secara seksual ini.

Kalau saya, saya cadangkan semua untuk belajar seni mempertahankan diri jika diganggu secara seksual atau tidak. Tak percaya? Meh layan sini pula!

Jadi bagaimana? Anda dah buat Gangguan Seksual?
Saya belum tapi kalau macam Lisa Surihani atau Jo-Anna Sue yang ganggu saya, silakan2 ..
huahahaha


14 Comments


  1. ermmm gangguan seksual ni yg sy risau… benda ni leh berlaku kat sape2… cmne nak atasinya? terutamanya di ofis..coz susah dpt bukti…

    Jitegha’s last blog post..Jawatan Kosong – Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor

  2. takkan sebab taknak bf masuk lokap sanggup buat seks luar tabie.. ??

    tapi kapten gatal tu memang nak kena… kuranglah asam!!

    budeen.com’s last blog post..Another Magical Item On The Street?

  3. Selagi x melampau sgt, maseh bleh wat tatau
    tp kalo dah rasa terancam, baik repot saja.

    Eriyza’s last blog post..Teori Rahman Suatu Kebetulan

  4. harap-harap aku dan keturunan aku tak jadi macam tu…

    samdaddycool’s last blog post..REVIEW : Majalah IM vol. 12 – Buat duit dengan pemasaran affiliate

  5. biasalah… ala macam kucing.. pantang kalau nampak ikan..
    pasti nak terkam..

    uhuhu

    Ikhtiar2u’s last blog post..Bill Gates Pun Tak Tahu Kenapa

  6. video ni 1 tu namenye melampau..
    bodoh betoi org tua tu…

    geram lee tuh tengok itu awek cun melecun sangat.
    *tapi memang cun pon.. mate bulat.. hahaha…

    tapi die dah sopan abes ape… selambe badak jer selak
    tudung org tuh… fuh… kalau aku boipren die.. kompom
    dari jauh dah aku flengkick kat muke pakcik tuh… mengong~

    Azman Ishak’s last blog post..Mini Gathering

  7. Yang jadi mangsa….kena alert dengan persekitaran dan orang sekeliling….

    hazman aka species1980’s last blog post..Video SANTAI….

  8. Salam.. Mungkin perempuan memang patut blajar teknik pertahankan diri macam video last tu! Smack down! ;) :p

    ibnuabas’s last blog post..Bila handphone berbunyi

  9. saya suka girl tu smackdown peragut tu, power. he

    missctrahayu’s last blog post..happy (8)_1.jpg

  10. Im no expert, but I think you just designed an exceedingly quality place stage. You obviously know what youre talking about, and I can quite get behind that. Thanks for getting so upfront and so sincere.

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled