[Hidup Berani untuk Gagal] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …
December 30, 2009  |  Motivasi

Prolog

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ….”

Mengimbau kenangan lalu memang menginsafkan diri kita. Kejayaan, kegagalan, susah, senang, pahit maung kehidupan harus ditempuhi dengan tabah dan bijaksana. Apa sangat dengan kemampuan manusia untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang dijanjikan oleh-Nya. Hanya dengan kekuatan iman dan amal sahaja yang mampu memacu kita ke hadapan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Tapi mampukah kita mengharungi hari-hari mendatang? Aku telah melihat bahawa ia mampu dicapai. Kegagalan bukan suatu pilihan. Kecerdikan bukan hanya suatu anugerah tapi suatu keistimewaan!

Dan keistimewaan itulah yang membawa aku ke hari ini …

Satu

“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.”

Aku merupakan anak sulung dalam 6 beradik. Kehidupan ku susah. Ayah hanya seorang nelayan pesisir pantai. Ummi seorang suri rumah. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk berjaya. Ayah dan ummi sentiasa berusaha untuk menyekolahkan aku walaupun kami kesempitan hidup dan wang. Bukan macam budak-budak sekarang, semua kemudahan ada tapi liat nak belajar. Kalau datang ke sekolah pun asyik memikirkan hal-hal yang tiada kaitan – awek, teman wanita, motor, melepak. Apa nak jadi …

Semenjak kecil aku dah tinggal di asrama. Semenjak darjah 3! Aku korbankan kegembiraan semasa kanak-kanak semata-mata aku nak kejayaan .. bukan kegagalan! Memasak sendiri, membasuh baju dan kasut sendiri. Pakaian sekolahku hanya 1 pasang sahaja untuk setahun dan aku bersyukur untuk itu. Apabila pulang ke kampung, kerepek ummi menjadi bahan jualan aku ketika kembali semula ke sekolah. Duit yang dapat cukup untuk menampung perbelanjaan aku untuk sebulan dengan syarat berjimat-cermat.

Guru pula tidak mencukupi, maklumlah, sekolah kampung sahaja namun aku tetap usaha. Usahakan tangga kejayaan, pesan ummi sentiasa aku ingat. Bahan rujukan yang kurang dan guru terlatih tiada, maka adakah aku bersedia peperiksaan UPSR nanti? Kejayaan atau kegagalankan yang menanti?

Alhamdulillah .. aku memperolehi keputusan 4A 1B semasa peperiksaan UPSR! Pelajar terbaik di sekolah walaupun dengan segala kekurangan dan keadaan yang tidak memihak kepada aku. Sememangnya kejayaan itu indah tapi tidak bermakna kita akan terus berjaya tanpa usaha dan doa kepada-Nya.

Dua

“Carilah ilmu walaupun harus pergi ke negeri China”

Aku kini di alam remaja. Dah bersekolah menengah berasrama di bandar namun aku tetap sama. Kehidupan aku tetap sama. Ayah masih nelayan, Ummi masih surirumah, adik-adik ramai lagi hendak belajar. Kadang-kadang rasa nak berhenti sekolah dan ikut ayah menjadi nelayan tapi ayah sentiasa nasihatkan, “bulat tak datang bergolek, pipih tak datang melayang”. Semua benda harus berusaha untuk mendapatkannya. Tiada jalan singkat. Tiada jalan pintas. Jika ada jalan pintas sudah tentu kita dah lama jadi kaya-raya!

Cabaran di sekolah berasrama penuh memang lain. Semua orang pintar-pintar. Semua mereka dah jauh ke hadapan berbanding dengan aku. Buku rujukan mereka lengkap. Aku hanya gunakan buku teks sahaja! Pelajar-pelajar bangsa asing lagi mantap. Kecil sahaja diriku ini.

Susahnya belajar tapi mujur mempunyai rakan-rakan yang memahami. Terima kasih kawan-kawanku! Kalian banyak membantu aku susah dan senang.

PMR mengetuk kini. Sekali lagi menerjah ke fikiran. Bersediakah aku? Ayah, ummi, doakan anakmu ini!

Setelah tamat peperiksaan, nelayanlah aku. Membanting tulang empat kerat menolong ayah di lautan. Kawan-kawanku? Mereka pergi melancong atau berehat dirumah sahaja! Alangkah beruntungnya mereka. Cemburukah aku? Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …

Wah! result dah keluar. Berdebar-debar hatiku. Berjayakah aku?

Slip dihulur. Aku sambut dengan penuh harapan. Tahniah Khaidir! Anda dapat 7A 1B! Terus berusaha! Itulah kata-kata guru kelasku. Tangisan kegembiraan mengalir di pipi dan aku kongsikan dengan kawan-kawan dan ayah dan ummiku! Aku semakin bersemangat. Jalan kejayaan dan bukan kegagalan menanti aku di hadapan. Tapi sekali tergelincir pasti sukar untuk bangun semula.

SPM aku hadapi dengan tenang dan berkat doa ayah dan ummi, aku mencapai keputusan yang baik – 8 agregate untuk pelajar aliran sains tulen! Cita-cita aku semakin cerah dan boleh di gapai!

Tiga

Anda ditawarkan ke Fakulti Kejuruteraan Jabatan Elektrik Universiti Malaya bermula sesi 1996/1997!

Wah! Seronok tidak terkira. Aku menghitung hari-hari mendatang dengan pastikan aku tidak tergelincir dari landasan kejayaan ini.

Lagi perit belajar di sini. Pelajar-pelajar bangsa asing semua masuk atas tiket STPM dan result mereka 5A! Sudahlah dalam jabatan aku hanya ada 5 orang sahaja student melayu lelaki. Seksa nak buat study group. Apa yang boleh dibuat, struggle sorang-sorang sambil menempel dengan kawan-kawan bangsa asing.

Fakulti dah jadi macam rumah no. 2. Makan, minum, tidor, belajar semua buat kat fakulti. Asrama cuma balik untuk tukar baju dan mandi. Berbaloikah pengorbanan sebegini?

Berbaloi-baloi! Segulung ijazah kelas dua (higher) berada dalam genggaman aku kini.

Epilog

Kegagalan bukan suatu pilihan. Kejayaan bukan suatu kemestian. Tapi sebagai manusia kita kena berusaha dengan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita! Orang yang tidak berusaha dan menyerah kepada nasib adalah orang yang rugi dan orang yang gagal …

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …

entri ini adalah penyertaan untuk contest Hidup Berani Untuk Gagal yang di anjurkan oleh Denaihati dan di sokong oleh sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Promotekan kontest ini lagi:

Saya tahu kontest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL daripada hydir.com


10 Comments


  1. cerita yg sungguh menyayat hati..
    tapi no sacrifice, no gold..
    Si Naga´s last blog ..Jaws.my Version 2 My ComLuv Profile

  2. aik bro, dpt tahu contest ni dr blog hydir.com? dr blog sndiri ek? hehe
    x-po´s last blog ..PATUTKAH POLIS TRAFIK LEPASKAN ORANG TUA? My ComLuv Profile

  3. i like the entry my friend… keep it up.
    zu updated his blog.. come have a visit tau… got funny things zu share
    zuwairiaiman´s last blog ..Kamasutra Position My ComLuv Profile

  4. Hidup berani gagal..memang motivasi nih makanan aku seharian..aku hidup kini kerana sering gagal..dan kini kegagalan jua mengiringi ku di mana-man..hanya tawakal menjadi bekalan ku..

    waksab.blogspot.com-dari mindaku
    waksab´s last blog ..Pemahaman Konsep ALLAH My ComLuv Profile

  5. Kisah kehidupan Ir Hydir sedikit sebanyak memberikan AJ motivasi. :-)

    Tahniah kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL menyertai contest dari denaihati ini. :-)

    Dapatlah AJ sampai ke weblog Ir.. :-)

  6. suka duka kehidupan yang blh dijadikan contoh.
    goodluck for this contest.
    vote for hydir
    hidup berani untuk gagal drpd KemanaArahKita
    vote 28 kalo suka :)
    Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut My ComLuv Profile

  7. Subhanallah.. ada rinai kesedihan membaca entri ini :( ( betapa aku merasa, jauh tertinggal. Tahniah encik, semoga kejayaan selalu berada bersama encik :)
    Anazkia´s last blog ..Menyusun Kerangka Kehidupan My ComLuv Profile

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled