[IT] 7 extension wajib ada untuk browser Chrome
January 4, 2010  |  IT

Semua sedia maklum bahawa IE adalah browser yang paling ramai digunakan di Malaysia. Ia diikuti oleh Firefox, Opera dan Chrome. Kini semakin ramai yang menggunakan Firefox disebabkan keistimewaan browser itu yang boleh meletakkan add-ons pada browser tersebut dan menambah nilai penggunaan Firefox.

Google, syarikat yang inovatif tidak mahu ketinggalan dalam hal ini dan kini telah memperkenalkan extensions – khusus untuk Chrome bagi melawan kejayaan add-ons pada Firefox. Saya telah menggunakan chrome ini dari version awal hingga kini ke version 4.0 (beta) dan mengalu-alukan pengenalan extensions kepada pengguna tegar Chrome.

Jika Firefox ada add-ons maka Chrome mempunyai extensions. Di sini saya berikan 7 extensions Chrome yang wajib ada untuk pengguna tegar Chrome!

1. Chromed Bird

Anda gemar twitter tapi malas nak buka twitter website atau tak mahu gunakan tweetdeck atau seismic? Maka Chromed Bird adalah penyelesaiannya. Anda boleh tweeting terus dan juga mempunyai ruangan untuk memendekkan URL pada ruangan compose tweet. Anda boleh download extensions ini di sini.

2. Google Mail Checker Plus

Bagi anda yang mempunyai gmail dan juga Google Apps email, maka extensions ini adalah yang terbaik dimana notifikasi akan diberikan jika ada email baru yang masuk. Anda boleh preview email yang datang sebelum membalas atau membaca kesluruhan sebenar email tersebut. Anda boleh download extensions ini di sini.

3. Aviary Screen Capture

Jika selama ini kita ingin mengambil gambar dari website dan kita hanya menggunakan Print Screen, maka Aviary Screen Capture membolehkan kita mengambil screenshot secara terus dan juga boleh mengeditkan gambar tersebut sebelum disimpan. Anda boleh download extensions ini di sini.

4. Firebug Lite

Ini adalah extensions yangg berguna untuk blogger dan pembangun website. Kita boleh monitor sebarang website/blog dan juga edit, debug CSS, HTML dan juga JavaScript. Mesti ada untuk pastikan blog/website kita sentiasa kacak. Anda boleh download extensions ini di sini.

5. Eye Dropper

Anda suka warna pada sesetengah website/blog tapi tak pasti apa warna yang digunakan? Gunakan Eye Dropper untuk meyelesaikan masalah ini. Download extensions ini di sini.

6. Facebook for Google Chrome

Facebook merupakan jaringan sosial yang paling popular masa kini. Anda mendapati laman web Facebook di ‘block’ di syarikat atau komputer universiti. Jangan bimbang, gunakan extensions ini dan anda boleh terus update dan juga balas sebarang komen kepada kawan-kawan anda. Download extensions ini di sini.

7. Xmark Thumbnails

Biasanya kita menggunakan Google search engine untuk mendapatkan maklumat dan info. Terdapat berpuluh-puluh malah beratus dan berpuluh-puluh ribu website yang mempunyai tags / keyword yang sama. Jadi dengan extensions in akan memberikan preview kepada website tersebut dalam bentuk thumbnails picture. Ini memudahkan kita memilih hasil carian yang kita kehendaki. Download extensions ini di sini.

Maka lengkaplah 7 extensions yang wajib ada pada browser Chrome anda. Masih ada beberapa lagi extensions yang menarik untuk digunakan. Harap anda boleh explore lebih lanjut extensions pada Chrome ini.

p/s: Extensions hanya untuk browser Chrome version 4.0 sahaja. Download version 4.0 di sini.


15 Comments


  1. x-po
    Twitter:
    (35 comments.)

    aku smpai skrg tak terbukak ati lg nk chrome..huhu still setia dgn musangberapi
    x-po´s last blog ..MAKSIAT & TAHUN BARU TAK DAPAT DIPISAHKAN My ComLuv Profile

  2. hhehee, aku plak masih ngan explorer da.. kengkadang guna musang berapi gak..
    chrome tak pernah lak nak cube..
    macam best je bro..
    Che Li´s last blog ..Sampel 3D Harmony My ComLuv Profile

  3. setakat ni chrome web brower pling laju..hrp 2010 ad lg yg lebih mantap.hehehe
    azizan4444´s last blog ..Jangan Salahkan Orang Lain Untuk Menutup Kelemahan Sendiri My ComLuv Profile

  4. Thanks bro Hydir coz sudi kongsi pasal G.Chrome nih…

    salah satu browser yg pantas n laju wat masa skrg..ringan sama…

    buat masa skrg pakai aviary n color picker…hehe
    Nine´s last blog ..Tukar Domain Sendiri Di Blogspot My ComLuv Profile

  5. aku baru je guna chrome ni utk kali yg ke-2 beberapa hari yg lepas utk sbb2 yg tertentu.. tp bila aku buka skali ngan musang berapi, baru buka beberapa web, dah kluar notis memory too low.. nyampah plak aku dibuatnya. nmpak gayanya, kena la aku remove balik chrome ni sbb bg aku firefox more2 better :)
    Azizwan´s last blog ..Misi gagal dan selamat tinggal 2009 My ComLuv Profile

  6. peargh..
    nice review..
    aku ni jarang gunakan chrome..
    sebb dah biasa dgn firefox..
    skang dah tau chrome pun sama hebat ng FF..
    maybe leh intergrate chrome jadi sama power ng ff..
    hahaha..

  7. mr.eims from perfume
    Twitter:
    (12 comments.)

    wah..trimas.. aku nk kene try nie facebook extension tu.. tension btul kat opes takleh ber fb,
    mr.eims @ perfume´s last blog ..Terre d’Hermes – unique, elegant & sophisticated My ComLuv Profile

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled