Kekasih Gelap yang menggiurkan?
April 5, 2009  |  Isu semasa

Biasanya perkenalan bermula secara tak langsung seperti melalui laman sembang tempatan e.g. KampungChat atau melalui ziarah blogwalking ni. Melalui perbualan biasa lama2 menjadi luar biasa dengan mula lebih personal, caring dan syahdu. Ia bukan terbatas pada laman web aja tapi juga kadang melibatkan rakan sekerja, teman sekuliah, housemate, dan lain2.

Peluangnya datang secara tiba2 kebanyakannya tapi ada juga yang dirancang e.g. buat projek kolej bersama, ada paperwork bersama, dan lain2 lagi lah …

Anda pernah kena penyakit ni? Tak tahu apa itu kekasih gelap?

Kekasih gelap merupakan hubungan terlarang atau orang kata spare tyre atau bukan spare tyre bagi lelaki mahupun perempuan walaupon dia dah berkahwin mahupon dah ada pasangan tersendiri tanpa pengetahuan pasangannya. Biasanya yang melakukan perbuatan ini tahu bahawa pasangannya sudah berpunya tapi … dia tak kisah pon!

Memang mengasyikkan jika berkekasih gelap ni .. semua nampak indah aja. Mana ada tanggungjawab, takde tanggung takde jawab … semua boleh aja.

Isu ni bukan baru, artis dan pemimpin politik pon ramai yang ada kekasih gelap … errr … tapi tak boleh cerita, nanti tak pasal2 kena saman …

Antara skandal2 popular tanah air ini adalah:

  1. Norman Hakim dan Memey Suhaiza
  2. Chua Soi Lek dengan girlfriendnya

Ni aku bagi contoh kekasih gelap yang mata lensa dapat tangkap! Walaupon dah lama tapi ia contoh yang mudah! Jangan pula anda mudah nak ikut .. hoho

Adakah isu ni biasa2 aja? Mari kita dengar respons dari orang lama:

Dari Shukur.org
putehsalju

Puteh saljuHubungan gelap pasangan suami isteri dengan rakan sekerja atau rakan sepengajian semakin berleluasa. Ada kes dikesan sehingga ke tahap melahirkan anak luar nikah, perzinaan dan sebagainya. Semua kesalahan ini sudah dianggap sebagai lumrah sehinggakan tiada lagi perasaan takut ataupun malu dengan perbuatan tersebut.

Bagaimana perkara ini boleh diatasi dan dielakkan? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan kita kembali menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian adalah apakah matlamat kita dalam kehidupan? Adakah ingin memiliki kekayaan sebesar gunung? Ingin memiliki kuasa tertinggi dan penghormatan masyarakat? Atau apakah sebenarnya?

Allah telah menyatakan dengan jelas tujuan manusia dihantar ke atas muka bumi ini iaitu untuk beribadah kepadaNya. Dengan kata lain, matlamat utama kita hanyalah untuk mencari keredaan Allah dengan menyediakan bekalan secukupnya buat menempuh kehidupan alam akhirat.

Isu ini bukan baru. Mungkin kita tahu ada kengkawan kita yang buat camni … tapi kita diamkan aja … takut hilang kawan .. taknak ambik pot.

Sikap tu harus kita ubah kerana silap2 kita pula yang join sekaki… huahahahaa

p/s: Terima kasih kepada Zara kerana idea untuk post ini …. hoho .. dia bukan kekasih gelapku haa …


37 Comments


  1. dah pernah tgk video ni.. memang gila kentang siot. klau dah tua tp prangai mcm ni, no wonder la ramai bdk2 remaja skrng terror dgn benda2 mcm tu..

    azizwan(dot)com’s last blog post..Dr Khairul Idzwan Dipersenda

  2. hehehe..
    kekasih gelap saya berkulit cerah…^___^

    aduyai..bukan ada apa2 perasaan pun sebenarnya, cuma hanya senior yang kadang2 menggila bersama. dan dia juga sudah mempunyai kekasih sebenar (yg saya mentioned sbg isteri) hahaha.

    aduyai..tapi kalau kes2 kekasih gelap seperti yg dinyatakan Ir. diatas, memanglah amat menakutkan..hukhuk…

    ZARA 札拉 [사랑해~]’s last blog post..Selamat Bergraduasi Buat MLP.

  3. aku mmg tak suke mereka yang ade kekasih gelap..
    aku tak kawin ag, n aku takde awek tapi memang pantang aku apabila seseorang itu curang..
    bagi aku, mereka yang ada kekasih gelap ibarat mengingkar janji yang telah dipateri dulu.
    dan orang yang ingkar janji, aku leh golongkan dalam org yang tak jujur..dan aku sangat tak respek orang yang tak jujur..
    kalo aku jumpe memang aku pijak2..
    tak kesah laa orang tuh dah kawin ke, muda ke, tua ke, memang siaplah korang..
    aku akan bagi cukup2..
    haha..
    teremo plak kat sini..
    aku sokong cakap wan diatas..
    kalo orang tua pun perangai cam cipan..
    no wonders org muda lagi teruk..
    alahai melayu…

    Jaws’s last blog post..Pemenang Idea Contest Bersama Jaws

    • hoho .. memang cam cipan kalo ada kekasih gelap nih
      kalo rasa diri tu best sgt .. kahwin jer ler .. tp kalo dia bini org camna lak ek …

      adeh…patut jgn mulakan aja

    • Alhamdulillah. jangan sampai terjangkit. bila dah terkena, kita saja betul. orang lain salah… cemburu…. dengki… khianat… mcm-mcm kita kata. kerana sebenarnya kita telah mabuk.

  4. adui…. ini macam ka? muhahahaha…
    tapi videovlip ni boleh mendatangkan ghairah betoi
    la… adoi ai.. boss boss.. ape le masalah nko ni~

    kantoi plak tuh.

    bab berkasih ni biar la ade batasan. tapi kalau dah tau
    orang tuh dah ade pasangan depa.. jangan le kite plak
    nak masuk line. carik le lain. ape masalah nye sampai
    nak masuk campor hal orang lain.

    tapi tak boleh kate ape la kan… kalau dalam contoh:-
    perempuan ni ade masalah dengan husband or kekasih die,
    tapi menceritakan masalah tuh pada orang ketiga…
    memang le perkara macam ni boleh terjadi.

    mula-mula simpati… pas tuh kasi hati.. lepas tuh
    kasik semua sekali… *mati la~

    kebanyakkan kes macam ni kalau salah sorang dari
    pasangan tuh bermasalah dengan pasangan depa.
    uih…. takut takut… yang eloknye… jadi lah pendengar
    yang setia untuk pasangan.. meskipon apa yang
    didengar tuh adalah bebelan kosong semata-mata yang
    kekadang boleh menaikkan darah dan metabolisma
    dalam badan.. muahaha…

    ok ok… last nak cakap… video clip tuh.. tak bertapis
    langsung… kekeke… ade lagi best ker? aiyark~
    *jokes*

    Salam ceria dari aku yang baru bangun tidok
    hahaha….

    Azman Ishak’s last blog post..Masih Keliru???

    • hoho .. mmg x bertapis sbb tu dr youtube
      youtube dah siap tolong tapis… yg ringan2 jer dia kasi lepas..

      huahaha

      org pompuan especially psgn kita kena ambik perhatian
      dgr masalah mereka ..jd pendengar setia

      kalo tak .. tu yg dia cari org lain tu
      laki kluar pintu depan, bini kluar pintu blkg ler ..

  5. ni comolot…
    video orang me****** di pejabat, bilik xray dll pun ada…cam lahanat…celaka buat malu ja

    EiNS’s last blog post..JomPHP, satu transformasi akan berlaku?

  6. salam…
    tertarik baca entri ni bila tengok gambar buku kekasih sam po bo tu…aku ada buku tu……ehehe

    tapi bila tengok video tu…istifar bebanyak…aku tak tahu diaorang ni apa hubungan, sangka baik yang diaorang kapel yg baru kawen…
    tapi pengajaran kat sini, bila kat tempat public tu pepandai la jaga adab even utk kapel yg dh kawen…orang mungkin x lihat, tapi Allah sentiasa perati perbuatan kita…wallahualam:)

    tambahan untuk isu ni, aku pun pernah kenal manusia2 yang berkekasih gelap ni..sampai mana hubungan mereka wallhualam, tapi malu juga bila tengok mereka tak malu berkepit bagai dah kawen…

    tetiba aku ada idea nak tulis entri..hehe

    HuRuL_AiNi’s last blog post..Bila ditimpa musibah

    • betul tu .. bersangka baik
      tp nak bersangka baik pon payah gak sbb gaya cam boss ngan kerani dia jer ..

      siap dia tgk2 cover line tu .. takut2 ada org masuk ..

      btw .. Faisal Tehrani tu senior saya masa study dulu .. bukan senior fakulti tapi dia bnyk ajar saya dlm bidang penulisan dan penerbitan …

  7. video neh… goreng pon sodap.. makan pon sodap.. rasa lagi sodap… hahahaha… lama dah usha. sangat sonot menonton aksi2 sebegini.. namun perlulah ada iman dalam diri, kalo tak mesti tergude… kekasih gelap aku hanya geng2 tupai aje… kalo tak taw ape itu tupai sila tanya menteil, khai ataupun azman ishak… hohoho…

    Kill-Vearn’s last blog post..Aku dan Kebuntuanku

    • sodap jangan tak sodap
      apa2 pun .. tepuk dada tanya iman .. kalo iman senipis kulit bawang .. baik jauhkan jer..

      err..geng tupai ape nih ..
      korang ni kaki tebuk ke… huahahahaha

  8. biasalah…
    bila iman pun takde..

    jadi camtu lah..

    nafsu semata2..

    MyIkhtiar’s last blog post..Ayat-Ayat Cinta ; Versi Friendster

    • betul tu…
      dalam diri manusia ada seketul daging .. jika baik ia maka baiklah seluruh anggota

      jika buruk ia maka buruklah seluruh anggota …

      ketahuilah bahawa ia adalah hati …
      hati jika tak di pandu dgn iman maka jadi camtulah orgnya ..

  9. wakakakakaaa…
    ko pon ley bercintan-cintun gak ke hydir…ho3..

  10. oh3…
    commentluv aku dah berjaya!

    ini hanyalah testing…ha3

    zelo55’s last blog post..Aku Benci Mak Nyah Dan Bapok! Period!

  11. Salam.. tuan

    Kekasih gelap…. atau kekasih yang gelap hik hik
    Ha aku suka dengan post ini.. post yang memang melibatkan masyarakat kita hari ini. Semoga akan ada improvement pada mereka yang ‘berkenaan’ tu….

    nazz’s last blog post..Kecik-Kecik Tak Nak Mampus

  12. aduh..
    ape diorang pegang2 tu?jengX3
    comolot2 tu…sengal tul
    maaf budak bawah umur tertengok..haha

    loq’s last blog post..Tips-tips hilangkan mengantuk semasa belajar

  13. mak ai ..org kerajaan ke ni, tp kan ke nama manusia kerajaan apa pun teta[ sama kalau dah nafsu punya angkara

    haritz’s last blog post..April Fool Or Bloody Fool

  14. Wah!!!! video panas* (panas hati si bini dia) hahahahahha… ish2…. sedarlah hari dah makin tua….dunia dah uzur…

    Jitegha’s last blog post..KEPUTUSAN RASMI PRK DI BUKIT SELAMBAU, BUKIT GANTANG DAN BATANG AI

  15. “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    fuad’s last blog post..Sifat-sifat ahli syurga (mesti baca)

  16. Gambar klip staf kerajaan tu….penah hot dulu…sampai masuk TV rasanya….

    hazman aka species1980’s last blog post..Video SANTAI….

  17. nie kalau ade lagi KEKASIH GELAP nie best ni….

    MANN’s last blog post..Pil ‘CUCI BENIH’ pilihan gadis kota

  18. Buruk benor dah tua pun buat maksiat lagu tu!

    ibnuabas’s last blog post..Bila handphone berbunyi

  19. perrrgghhh… sgt memalukan & memilukan…
    sgt x stuju dgn gejala ini…
    sengaja mcari masalahhh… sengallll….

    @LiYaNNuaR’s last blog post..help… help….

  20. perkenalan & permesraan melalui alam chatting mmg byk efeknyaa.. contohnya mcm kekasih gelap ni tapi harap2 la sgt perkenalan melalui chatting ni boleh membawa terus ke alam perkahwinan..

    bd fabregas’s last blog post..Proton Exora di Kuantan..

  21. huhuhu, kira kekasih gelap tu skandal la ye.. huhuhu pham2..

    adol’s last blog post..SEJARAH PERNIAGAAN AKU… PAKEJ NEWBIE IM BANYAK MEMBANTU

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled