Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana meminjamkan lagi usia dan kesempatan kepada kita untuk hidup di dunia ini lagi. Saya dah berumur 32 tahun hidup di muka bumi Malaysia ni merasa amat bertuah dapat meneruskan dan mengamalkan agama kita dengan aman dan selamat walaupun banyak isu-su yang melanda seperti:
-
- Gereja ingin menggunakan Kalimah Allah,
- kes kepala babi dan kepala lambu di bawa sana-sini,
- kes tidak dibenarkan berarak di negeri Pulau Pinang,
- kes mahkamah syariah tidak dibenarkan merotan sebab kononnya zalim,
- kes pembuangan bayi yang semakin berlambak,
- kes remaja ditangkap berkhalwat dan berzina semasa perayaan valentine pada 14 Februari yang lalu!
Kita adalah umat Nabi Muhammad. Nabi terakhir dan penutup segala risalah kenabian. Kita kerap menyatakan bahawa kita cinta dan sayang kepada baginda junjungan kita. Kita katakan bahawa kasih sayang kita jauh lebih tinggi berbanding dengan kasih dan cinta kita terhadap isteri, anak-anak, kekasih, harta dan kerjaya kita.
Apakah tanda kita kasih dan cinta kepada baginda junjungan kita?
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59)
1. BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).
Kita menyayangi Rasulluah S.A.W dengan tidak membenarkan orang mempermain-mainkan Rasulullah S.A.W. Tahukah anda bahawa apabila mendengar sesiapa menyebut Rasullah S.A.W maka kita di galakkan untuk membalasnya dengan menyebut juga S.A.W?
2. MENTAATI RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
3. BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
4. MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain… (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5. MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
Allah mengasihi Rasulullah S.A.W., malaikat berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. tapi KITA?
-
- Kita masih leka menonton televisyen sehingga lewat menunaikan solat.
- Kita leka bersukan sehingga mengabaikan aurat dan waktu solat kita.
- Kita gemar berhibur menonton wayang atau ke konsert sedangkan kita tidak ke majlis-majlis ilmu bagi menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada Pencipta.
- Kita rela membeli PS3, handphone berjenama, baju dan kasut yang mahal-mahal tapi tak mampu nak beli buku tafsir terjemahan al-quran, buku sirah sahabat, pakaian khas untuk beribadat.
- Kita mampu menjamu selera dengan pizza, makanan segera yang lain tapi tak mampu nak jadikan tamar sebagai makanan harian.
- Kita berusaha sebaik mungkin dalam kerja dan kerjaya kita tapi kita tak mampu buat sebaik dan sesempurna mungkin untuk ibadat kita.
- Kita mampu menelaah ilmu kejuruteraan, ilmu programming language, ilmu script dan php, ilmu sains dan ekonomi tetapi kita tak mampu menelaah ilmu dari kitab Al-Quran.
Inikah sikap kita terhadap kekasih kita yang terutama ini?
p/s: Sesungguhnya kita semua dalam kerugian! Moga kita semua dapat memperbaiki diri dan benar-benar menghayati sambutan Maulidur Rasul dalam diri kita setiap hari!
SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA PEMBACA hydir(dot)com
Kredit: I Luv Islam

Selawat atas baginda. S.A.W
Moga kita terus mencontohi dan mengikut sunnah baginda S.A.W
Twitter: iza82
(6 comments.)
Salam Petang……
InsyaAllah….
IZA´s last blog ..Sambil Menyelam, Sengaja Aku Minum Air.
Salam
Selamat menyambut Maulidur Rasul
Salam hydir.. terima kasih singgah blog midori.. mmg xde shoutmix yer? Jemput la ke blog midori lg yer.. salam..
midori´s last blog ..MIDORI WON A ONE MILLION BRITISH POUNDS STERLING!!
slm maulidurasul…. singgah blog sy juga
MissXYZ´s last blog ..APA CERITA NI… KATA UNTUNG SANA SINI
Salam Maulidur Rasul juga @Iza @Nida @midori @MissXYZ
Twitter: zikrihusaini
(18 comments.)
Salam maulidur rasul… dan selamat beramal…

zik´s last blog ..Demi sesuap nasi.
Salam Maulidur Rasul
Mus´s last blog ..Blog Aku Dah Pulih Dari Bandwidth Limit Exceed. Macam Mana Caranya?
Twitter: etomyam
(7 comments.)
salam jumaat dan maulidur rasul..semoga mendapat keberkatan dan syafaat
1tomyam´s last blog ..Kes Bunuh Diri Pertama Gara-Gara Facebook
Twitter: azizan4444
(16 comments.)
salam Maulidur Rasul..same2 la kite meningaktkan amal ibadah.selawat ke atas baginda S.A.W…:)
Salam Maulid Nabi Muhammad. same2 beringat…
ibnmasir´s last blog ..Jangan tambah dosa lagi
Twitter: judinbo
(35 comments.)
kerajaan kurang nak tegas dlm masalah sosial ni..kalau kerajaan tegas je, sure org akan tkt
x-po´s last blog ..TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN?
Twitter: luthtextile
(12 comments.)
Salam Maulud Nabi..
Salam maulidurrasul ..(walaupun dah terlambat)
zoul´s last blog ..Siapa Suruh Kau Banyak Cakap
Twitter: JawsIsmail
(20 comments.)
insafi diri sebentar..
sobsobsob…
Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.
Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.
Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah.
Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain. Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra’
Artikel penuh di http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html
Sila ziarah http://fakehkhalifah.blogspot.com untuk mendapat artikel-artikel seumpama ini