default image for post
Menambah keintiman dengan menaiki keretapi!
May 31, 2010  |  Peribadi

Pasangan suami isteri ni biasanya akan ada musimnya. Ada pasang-surutnya. Ada “datang bulannya”.

Biasanya masalah ini makin kerap timbul apabila pasangan kurang berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan hambatan dan tuntutan kerja seharian kita. Bila pulang ke rumah pun, kita habiskan masa untuk berehat dan jarang berbual. Berbual pun hanya hal-hal yang penting dan di dalam bilik sebelum tidur.

Itu menyebabkan kita kadang-kadang tertidur ketika berbual dengan pasangan kita!

Penyelesaiannya?

Mari kita menaiki keretapi!

Kenapa nak naik keretapi? Naik kereta atau bas tak boleh kah?

Naik keretapi ni ada uniknya terutama jikalau kita menaiki perjalanan yang jauh seperti dari Gemas ke Bukit Mertajam yang memakan masa hampir 10 jam itu!

Oleh kerana perjalanan ini bukan di bawah kawalan kita seperti memandu kereta, maka kita akan mempunyai banyak masa untuk diperbualkan dengan pasangan kita yang selama ini kita terkurang bual. Daripada topik keluarga, kerjaya hinggalah isu yang tak berkaitan pun kita boleh bualkan.

Gunakan masa keemasan ini untuk mendekatkan semula hubungan suami-isteri. Minum-minum di kantin keretapi sambil menikmati keindahan pandangan alam sungguh mengasyikkan.

Ada juga unsur-unsur suspen dalam perjalanan kita apabila mendengar bunyi keretapi seperti nak terbabas dan badan keretapi tu berayun mengikut pergerakan laluannya. Itu semua menghangatkan kembali sentuhan dan kemesraan suami-isteri sepanjang perjalanan.

Itu belum termasuk lagi berkejar-kejar keretapi takut kita di tinggalkan sewaktu berhenti di stesen-stesen kecil!

Masa kita memang tertumpu penuh pada perjalanan dan pasangan kita. Itu indahnya dan yang tersiratnya! Anda bila lagi?

Hargailah si dia kerana si dia amat berharga!

p/s: Baru balik dari kembara menaiki keretapi dengan si Dia. Yeayyy!



15 Comments


  1. hahaha…

    best woo naik tren…. seronok gila. dulu selalu ah naik dengan si dia waktu belajar Perlis… heee
    paeh´s last blog ..[WordPress] Update Services My ComLuv Profile

  2. menarik n3 ni..betul juga kan…

    bila saya baca pada pemulaan n3 ni…hati sy berkata-kata…naik bus pun masih boleh berbual2…

    tapi bila baca keseluruhannya….mmg ada benarnya.. :)
    nabilah_2908´s last blog ..IKAN SWEETSOUR & SUP TULANG My ComLuv Profile

  3. aku lebih suka naik keretapi berbanding bas.. :P

  4. oo,..saya suka naik kereta sendiri..hehe,..suka2 nak berenti kat mana2.
    Nia´s last blog ..Pada yang bakal bernikah esok… My ComLuv Profile

    • Khaidir
      Twitter:
      (89 comments.)

      sebab suka2 berenti tu yg tak best tu ..
      kang si suami taknak berenti, si isteri nak berenti jugak .. elok2 nak tambah kemesraan dah jadi masam muka pula :)

      naik keretapi senang .. dua0dua kena ikut jer

  5. x-po
    Twitter:
    (35 comments.)

    aku mmg suka naik keretapi kalau nk gi mana2 sbb leh isap rokok, bas tak leh..hahaha tp tu la, lambat gila nk smpai..kalau naik dgn awek, ok la skit..pewwwiittt
    x-po´s last blog ..APA PANDANGAN TENTANG ORANG MELEPAK DI KEDAI KOPI? My ComLuv Profile

    • Khaidir
      Twitter:
      (89 comments.)

      lagi satu yg best adalah duduk antara gerabak sambil buka pintu keretapi dan juga boleh berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak .. macam2 perangai orang boleh jumpa …

      memang slow ler sbb banyak singgah stesen kecik2 tp macam ko cakap juga .. kalau dengan si dia masa yg lama pun rasa kejap jer :)

  6. wan
    Twitter:
    (3 comments.)

    tempat aku (sandakan,sabah) takda keretapi.. cis! haha :)
    wan´s last blog ..Konvoi Gaza diserang Israel My ComLuv Profile

  7. Emily
    Twitter:
    (1 comments.)

    lagi satu yg best adalah duduk antara gerabak sambil buka pintu keretapi dan juga boleh berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak .. macam2 perangai orang boleh jumpa …

    memang slow ler sbb banyak singgah stesen kecik2 tp macam ko cakap juga .. kalau dengan si dia masa yg lama pun rasa kejap jer :)

  8. salam akhi..best yer naik keretapi dengan ina…saya sejak kahwin ni tak pernah lagi naik keretapi dengan cik abe. Masa kat U dulu memang biasa sebab KTMB bagi 50% discount kat student. nak try juga lah.

  9. mr.eims from healthaware
    Twitter:
    (2 comments.)

    erm..aku kalau naik kereta travel jauh ngn si dia.. si dia tdo jer.. kalu nek keretapi, dia lentok juga kot.. :-| lagi best lentoknye coz dah tau lambat lagi sampai..
    mr.eims @ healthaware´s last blog ..Screening criteria for TYPE 2 Diabetes Mellitus (T2DM) My ComLuv Profile

Trackbacks

  1. Tweets that mention Menambah keintiman dengan menaiki keretapi! | hydir(dot)com -- Topsy.com

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled