“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”
Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.
Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.
Kita boleh ber”facebook” dan ber”blog” berjam-jam lamanya tapi kita tak online diri kita dengan Dia. Kita lupa nak add Dia dalam kehidupan kita, kita lupa nak ber”blog” tentang Dia, kita lupa nak berkempen tentang Dia, kita jarang ber”shout box” dengan Dia melalui solat, kita hanya silent reader ketika beronline dengan Dia, kita taknak berkomentar dengan Dia.
Sesungguhnya kita kerap memutuskan online kita dengan DIa. Bukannya sebab kita menggunakan dial-up atau broadband tapi memang kita lupa pada Dia!
Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.
p/s: Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Kalaulah kita tahu betapa indahnya beronline dengan tuhan nescaya kita akan sentiasa rindu padanya!
Kredit

buat aku insaf dan berfikir sementara..
sobsobsob..
moga kita tak lalai dan sentiasa ber”online” dengan Dia!
Twitter: judinbo
(33 comments.)
huhu sgguh pedih aku rs bila bc entry ni sbb aku bila dh online, mesti akan cpt lalai..huhu
x-po´s last blog ..BILA DAH KAHWIN, NAK ANAK CEPAT ATAU LAMBAT?
sama le kita ..
hhmmm.. T____T
yash´s last blog ..Cara Membuat Rokok Balut
ouchh!! sunggu aku terasa..

Mr.Bintang´s last blog ..Vodafon McLaren Mercedes Revealed Its Brand New MP4-25
insaf mode~
lipan´s last blog ..the Gunners vs the Red Devil
thanks.. mengingatkan
rentan´s last blog ..biarkan aku menjadi diantara bintang itu…
terkedu sebentar.. ‘-’
rose´s last blog ..resepi breakfast untuk nak cepat (si malas -_-")
diri ini pon terasa….T__________T
apiih´s last blog ..Cara Melajukan Speed Celcom Broadband [tutorial ringkas]
sama2 mengingatkan
Twitter: zarylnaxrie
(15 comments.)
sama2 lah kita ingat mengingatkan…
ps: tudung siti ditiup angin tuuu :p
zaryl´s last blog ..Karmon Free WordPress Theme
haha .. tu kena tanya Datuk K
apsal dia x tegur Siti
tanamkan dihati kita.hanya Allah paling utama untuk
kita ingat.dunia ni sementara je.
mesticun´s last blog ..Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi
mantap! kenyataan yang perlu diterima. alpa dengan teknologi super kuasa sebelum terbentuk teknologi yang wujud kini.
bila terhantuk baru nak sedar (hu3).
megat´s last blog ..Februari, Mungkinkah Berubah?
kita manusia selalu lupa ..
online kita selalu dengan manusia
tapi online dengan Tuhan itu yang lebih utama
Iyalah.. aku belum sembahyang isyak lagi la.. syuqran.. sebab mengingatkan saya..
Nazz´s last blog ..Aku Pindah!!!
Twitter: etomyam
(4 comments.)
sangat setuju dengan artikel bro…..kekadang aku pun asyik terbabas jer, banyak sangat hasutan dan godaan di skrin pc nih..huhuhu
enche tomyams´s last blog ..Back To Basic: 4 Dos and Don’ts Dalam Blogging