Hari ni hari terakhir 2009 dan esok akan bermulanya 1 Januari 2010. Ini bermakna esok adalah tahun baru masihi yang ke 2010! Mesti ramai yang dah plan nak ke mana malam ni untuk menyambut detik 12 tengah malam.
Mungkin ada yang berehat di rumah sahaja sambil layan movie dan internet. Mungkin juga ada yang keluar melepak dengan kawan-kawan di dataran-dataran tempatan. Mungkin ada juga yang tidor aja .. bukan senang nak dapat tidor 2 tahun … hahaha
So, apa yang ada pada 2010? 2010 boleh menjanjikan apa? Apa yang pasti pada 2010 ni akan berlaku dan mungkin berlaku:
- Harga rokok naik ke RM6.40
- Kad kredit akan dicaj RM50 bagi setiap kad
- Bonus makin kurang sebab kerajaan dan syarikat swasta kata ekonomi merudum padahal masa untung juta2 bagi bonus ciput jugak.
- Harga roti canai kedai mamak akan naik lagi RM0.10 … :sigh:
- Harga minyak akan naik lagi
- Eksiden bas akan berlaku lagi tapi kita masih cerita tentang dulu lagi
- Lepas enjin kapal terbang hilang, mungkin kapal selam pula hilang?
- Broadband 4G satu Malaysia .. [hahaha .. get real]
- Akan ada artis2 yang bercerai-berai lagi lepas tu kata dah takde jodoh padahal dia sibuk main kayu tiga
- Nurkasih season 2?
- Brazil juara Piala Dunia dan Ivory Coast juara Piala Afrika
- Ramai geng2 blogger akan mengakhir zaman bujangnya .. kalo sesama blogger, kena buat LIVE blog dan update twitter minute by minute
- Semua ahli parlimen gi bersidang di Parlimen dan buat kerja mereka?
Jadinya, apa yang anda jangka pada 2010?
Prolog
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ….”
Mengimbau kenangan lalu memang menginsafkan diri kita. Kejayaan, kegagalan, susah, senang, pahit maung kehidupan harus ditempuhi dengan tabah dan bijaksana. Apa sangat dengan kemampuan manusia untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang dijanjikan oleh-Nya. Hanya dengan kekuatan iman dan amal sahaja yang mampu memacu kita ke hadapan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Tapi mampukah kita mengharungi hari-hari mendatang? Aku telah melihat bahawa ia mampu dicapai. Kegagalan bukan suatu pilihan. Kecerdikan bukan hanya suatu anugerah tapi suatu keistimewaan!
Dan keistimewaan itulah yang membawa aku ke hari ini …
Satu
“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.”
Aku merupakan anak sulung dalam 6 beradik. Kehidupan ku susah. Ayah hanya seorang nelayan pesisir pantai. Ummi seorang suri rumah. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk berjaya. Ayah dan ummi sentiasa berusaha untuk menyekolahkan aku walaupun kami kesempitan hidup dan wang. Bukan macam budak-budak sekarang, semua kemudahan ada tapi liat nak belajar. Kalau datang ke sekolah pun asyik memikirkan hal-hal yang tiada kaitan – awek, teman wanita, motor, melepak. Apa nak jadi …
Semenjak kecil aku dah tinggal di asrama. Semenjak darjah 3! Aku korbankan kegembiraan semasa kanak-kanak semata-mata aku nak kejayaan .. bukan kegagalan! Memasak sendiri, membasuh baju dan kasut sendiri. Pakaian sekolahku hanya 1 pasang sahaja untuk setahun dan aku bersyukur untuk itu. Apabila pulang ke kampung, kerepek ummi menjadi bahan jualan aku ketika kembali semula ke sekolah. Duit yang dapat cukup untuk menampung perbelanjaan aku untuk sebulan dengan syarat berjimat-cermat.
Guru pula tidak mencukupi, maklumlah, sekolah kampung sahaja namun aku tetap usaha. Usahakan tangga kejayaan, pesan ummi sentiasa aku ingat. Bahan rujukan yang kurang dan guru terlatih tiada, maka adakah aku bersedia peperiksaan UPSR nanti? Kejayaan atau kegagalankan yang menanti?
Alhamdulillah .. aku memperolehi keputusan 4A 1B semasa peperiksaan UPSR! Pelajar terbaik di sekolah walaupun dengan segala kekurangan dan keadaan yang tidak memihak kepada aku. Sememangnya kejayaan itu indah tapi tidak bermakna kita akan terus berjaya tanpa usaha dan doa kepada-Nya.
Dua
“Carilah ilmu walaupun harus pergi ke negeri China”
Aku kini di alam remaja. Dah bersekolah menengah berasrama di bandar namun aku tetap sama. Kehidupan aku tetap sama. Ayah masih nelayan, Ummi masih surirumah, adik-adik ramai lagi hendak belajar. Kadang-kadang rasa nak berhenti sekolah dan ikut ayah menjadi nelayan tapi ayah sentiasa nasihatkan, “bulat tak datang bergolek, pipih tak datang melayang”. Semua benda harus berusaha untuk mendapatkannya. Tiada jalan singkat. Tiada jalan pintas. Jika ada jalan pintas sudah tentu kita dah lama jadi kaya-raya!
Cabaran di sekolah berasrama penuh memang lain. Semua orang pintar-pintar. Semua mereka dah jauh ke hadapan berbanding dengan aku. Buku rujukan mereka lengkap. Aku hanya gunakan buku teks sahaja! Pelajar-pelajar bangsa asing lagi mantap. Kecil sahaja diriku ini.
Susahnya belajar tapi mujur mempunyai rakan-rakan yang memahami. Terima kasih kawan-kawanku! Kalian banyak membantu aku susah dan senang.
PMR mengetuk kini. Sekali lagi menerjah ke fikiran. Bersediakah aku? Ayah, ummi, doakan anakmu ini!
Setelah tamat peperiksaan, nelayanlah aku. Membanting tulang empat kerat menolong ayah di lautan. Kawan-kawanku? Mereka pergi melancong atau berehat dirumah sahaja! Alangkah beruntungnya mereka. Cemburukah aku? Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …
Wah! result dah keluar. Berdebar-debar hatiku. Berjayakah aku?
Slip dihulur. Aku sambut dengan penuh harapan. Tahniah Khaidir! Anda dapat 7A 1B! Terus berusaha! Itulah kata-kata guru kelasku. Tangisan kegembiraan mengalir di pipi dan aku kongsikan dengan kawan-kawan dan ayah dan ummiku! Aku semakin bersemangat. Jalan kejayaan dan bukan kegagalan menanti aku di hadapan. Tapi sekali tergelincir pasti sukar untuk bangun semula.
SPM aku hadapi dengan tenang dan berkat doa ayah dan ummi, aku mencapai keputusan yang baik – 8 agregate untuk pelajar aliran sains tulen! Cita-cita aku semakin cerah dan boleh di gapai!
Tiga
Anda ditawarkan ke Fakulti Kejuruteraan Jabatan Elektrik Universiti Malaya bermula sesi 1996/1997!
Wah! Seronok tidak terkira. Aku menghitung hari-hari mendatang dengan pastikan aku tidak tergelincir dari landasan kejayaan ini.
Lagi perit belajar di sini. Pelajar-pelajar bangsa asing semua masuk atas tiket STPM dan result mereka 5A! Sudahlah dalam jabatan aku hanya ada 5 orang sahaja student melayu lelaki. Seksa nak buat study group. Apa yang boleh dibuat, struggle sorang-sorang sambil menempel dengan kawan-kawan bangsa asing.
Fakulti dah jadi macam rumah no. 2. Makan, minum, tidor, belajar semua buat kat fakulti. Asrama cuma balik untuk tukar baju dan mandi. Berbaloikah pengorbanan sebegini?
Berbaloi-baloi! Segulung ijazah kelas dua (higher) berada dalam genggaman aku kini.
Epilog
Kegagalan bukan suatu pilihan. Kejayaan bukan suatu kemestian. Tapi sebagai manusia kita kena berusaha dengan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita! Orang yang tidak berusaha dan menyerah kepada nasib adalah orang yang rugi dan orang yang gagal …
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …
entri ini adalah penyertaan untuk contest Hidup Berani Untuk Gagal yang di anjurkan oleh Denaihati dan di sokong oleh sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
Promotekan kontest ini lagi:
Saya tahu kontest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL daripada hydir.com
Apakah definisi cinta?
Bagaimana untuk cinta sesama manusia?
Apakah itu cinta hakiki?
Bolehkah kita mendapat cinta sejati?
Kerana Cinta?
Hayati lagu ini!
Baca selanjutnyaAdeh .. ramainya dah berhenti.
Semua nak majukan kerjaya mereka lagi.
Aku?
Masih di sini!
Baca selanjutnya

