WordPress dan Facebook adalah dua aplikasi yang sangat berkuasa dan mempunyai banyak kelebihan jika kita tahu untuk gunakannya. Adakah anda ingin dapatkan lagi trafik ke blog anda melalui Facebook? Selain daripada membuat auto post ke Facebook untuk page anda, ada satu cara lagi untuk mempromosikan blog anda dan cara ini adalah lebih hebat dan dijamin memberi kesan yang cukup besar kepada blog anda.
Bagaimana?
Mari kita membuat aplikasi khas Facebook khas untuk blog anda! Cara ini hanya untuk blog yang menggunakan platform WordPress. Platform blog yang lain mungkin boleh cuba untuk install
Apa yang diperlukan?
1. Blog anda mestilah menggunakan platform WordPress
2. Plugin WPBook
3. Akaun Facebook
Mari kita buat aplikasi Facebook sekarang! Masuk ke Facebook Developer
Kebanyakan blogger pengguna wordpress biasanya hanya suka menggunakan plugin untuk sesuatu tujuan pada blog anda. Penggunaan plugin memang mudah tetapi terlalu banyak penggunaan plugin juga akan menyebabkan sesuatu loading pada blog akan perlahan dan menyebabkan pelawat blog tersebut akan berasa bosan kerana tidak sabar menunggu.
Cara lain adalah dengan memasukkan terus coding samada <html> atau <php> ke <php> file anda. Kebiasaannya jika kita salah letakkan coding tersebut maka “error” akan ditunjukkan dan boleh menyebabkan blog anda tidak boleh dimasuki oleh pelawat.
Kita boleh edit kembali pada <php> file kita tetapi kebiasaannya blog anda memang tidak boleh dimasuki lagi. Penyelesaiannya? Edit melalui cPanel File Manager!
Melalui cPanel File Manager, anda boleh edit dan pastikan blog anda sentiasa selamat untuk dibaiki kemudian jika ada apa-apa masalah berlaku kepada coding anda. Ikuti langkah berikut.
Baca selanjutnyaSaban hari kita mengalami pasang surut dalam kehidupan kita. Ada masa kita gembira dan ada masanya kita sedih. Kegembiraan dan kesedihan itu mencerminkan jiwa kita, naluri kita dimainkan oleh emosi dan emosi datang dari persekitaran.
Kita selalu beranggapan bahawa kesedihan adalah satu perkara yang kita taknak. Kita nak elakkan dalam kehidupan seharian kita.
Kita hanya mahukan kegembiraan dan kalau boleh kegembiraan yang berpanjangan! Kita selalu beranggapan bahawa kesedihan tidak memotivasikan diri kita dan kita juga selalu beranggapan bahawa kegembiraan akan sentiasa memberi impak yang lebih baik kepada diri kita dalam melayari kehidupan seharian.
Alangkah salahnya kita!
Baca selanjutnyaSatu entri yang ringkas.
Ramai blogger di Malaysia menggunakan platform blogger dan wordpress untuk berblog. Antara alasan mereka yang menggunakan platform blogger (blogspot) tersebut adalah:
- mudah nak di gunakan
- FREE
- saya blogger junior
- saja suka-suka
sementara pengguna WordPress self-hosted pula
- platform blog terbaik
- banyak plugin
- x tau coding html dan php pun takpe sebab wordpress memang dah power
- otai blogger mestilah gunakan wordpress, baru blog nampak hebat
Tahukah anda bahawa terdapat 5 lagi platform blog yang tak kurang juga hebat dan mudah untuk digunakan?
1. Joomla
Ia merupakan suatu platform open-source dan jika anda minat coding, html dan php anda akan dapat membuat blog anda menjadi super-duper tanpa perlu menggunakan plugin. Kelemahannya adalah not user friendly.
2. tumblr
Satu platform blog yang simple dan minimalis. Sesuai untuk mereka yang suka menulis dan tak mementingkan sidebar yang sarat dengan benda asing. Juga sesuai untuk LIVE blog dan bestnya ia adalah percuma dan mesra mobile terutama untuk pengguna iPhone.
3. Posterous
Satu platform yang hampir sama dengan tumblr tapi lagi mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan anda untuk mendaftar. Apa yang perlu hanyalah emailkan melalui email atau melalui smartphone anda terus ke email posterous dan post anda siap untuk dilayari.
4. LiveJournal
Satu lagi platform blog yang agak hebat dan mempunyai antaramuka yang ceria. Sesuai untuk blog peribadi atau juga buat journal harian. Boleh juga menukar blog anda menjadi seperti sebuah e-book yang hebat!
5. Drupal
Platform blog open source yang agak menarik dengan keupayaan untuk mengedit yang hebat jika anda mahir dalam hal-ehwal coding, html dan php. Sesuai untuk blog peribadi atau sebarang blog yang berniche pelbagai.
Selamat mencuba!
Follow diari saya di blog tumblr saya > Today is hydir





