Mari belajar kitaran hidup blogger

April 5, 2010  |  blog  |  53 comments

Selama ini anda pernah belajar tentang kitaran hidup rama-rama, pokok dan haiwan-haiwan lain. Pernahkah anda tahu bahawa Blogger juga mempunyai kitaran hidupnya yang tersendiri?

Email

  • Ini merupakan surat beranak atau sijil lahir kepada mana-mana individu untuk menyatakan bahawa beliau telah lahir di dunia cyber ini. Apa juga aplikasi akan memerlukan anda meletakkan email terutama sekali jika anda ingin ber’Blog”.

Jaringan Sosial

  • Selepas ada email biasanya anda akan buka akaun laman sosial yang ada seperti myspace, friendster dan juga facebook. Di sini anda mula mendapat info-info tentang dunia cyber, dan mula di dedahkan dengan apa itu blog oleh rakan-rakan maya anda.

Blogger (Blog pertama anda!)

  • Setelah mendapat maklumat tentang kawan-kawan cyber anda yang lain ada blog, maka anda mula mencuba-cuba mencari platform blog yang sesuai dan PERCUMA! Nah! Blogger menawarkan ia. Maka bermulalah hidup anda sebagai blogger. Anda akan buat kerja-kerja blogwalking, tanya tutorial dan sebagainya daripada otai-otai blog.

Iklan (tahap golongan marhaein)

  • Semakin lama semakin seronok anda berblog dan rakan blog pun makin ramai. Ada yang akan suruh anda letak le iklan kat blog ko tu. Iklan apa ya? Maka pada permulaannya anda akan meletakkan yang paling mudah dan tak leceh iaitu Google Adsense dan mungkin juga Nuffnang! Wah! Income dah ada le pulak!

WordPress (Naik pangkat sikit!)

  • Anda rasa ilmu berblog anda makin hebat tapi anda tengok ada sesetengah blog rakan anada begitu cantik dan tertarik! Oh! Dia guna wordpress rupanya. Nak cuba juga le. Anda mula menceburi platform WordPress secara kecil-kecilan dahulu. Nak mula belajar semula tentang php, plugin dan sebagainya. Susah juga tapi cantik sangat le wordpress ni!

Self-hosted Blog!

  • Anda dah bersedia untuk menjadi blogger tegar! Nak dapatkan kekuatan maksimum dalam berblog perlu guna self-hosted blog! Maka anda akan mula survey hosting mana yang paling baek dan paling murah dan berbaloi. Dah dapat. Terus langgan penyedia server itu. Anda kini telah menggunakan self-hosted blog! Hebat!

Iklan (tahap golongan bangsawan)

  • Dengan self-hosted blog anda, peminat blog anda beratus-ratus malah beribu-ribu jika disaksikan pada Google Friend Connect dan Facebook fans Page di blog anda. Anda rasa income anda terlalu sikit melalui iklan. Penyelesaiannya? Iklan golongan bangsawan iaitu innity dan juga Admax! Wah! Makin mencanak-canak income dari iklan anda!

Sibuk … busy .. banyak kerja lah!

  • Setelah anda mencapai tahap tersebut anda kemudian di hujani persoalan dan kemusykilan. Nak terus berblog aja kah? Kalau dulu aku student bolehlah memberi komitmen 100% kepada blog tapi kini aku dah kerja, dah kahwin, dah ada anak! Nak berblog pun makin tak sempat ni. Post pun makin merapu jer. Trafik pun makin slow!
  • Oh! blog aku makin malap dan akhirnya terbiar! Bersawang sana-sini!
  • Oh! Akhirnya blog aku mati dan kemasyuran blog aku juga turut mati! Beginikah pengakhirannya bagi blogger?
  • Indahnya seketika tapi sekali jatuh nak bangun semula memakan masa!
  • Mungkin anda perlu lahir semula dengan email yang baru jika anda hidup semula sebagai blogger tegar!

Jadi itulah kitaran hidup seorang blogger. Anda sekarang dalam kitaran yang mana?

Kenapa blogger tak guna nama sendiri untuk blog peribadi?

April 2, 2010  |  blog  |  38 comments

Kita sebagai blogger kadang-kadang pelik!

Saban hari kita sentiasa buat blogwalk kepada blog rakan-rakan kita. Ada bermacam-macam jenis blog dengan pelbagai niche di hidang kepada komuniti maya ini.

Setelah banyak kali ber”blogwalk”, adakah anda perasan bahawa ramai blogger tidak menggunakan nama sendiri atau nama panggilan sebagai domain (tajuk) blog mereka? Kenapa? Adakah anda rasa nama anda tidak komersial?

Berikut adalah beberapa blogger tegar yang menggunakan nama mereka sendiri sebagai domain blog mereka:

  1. AzmanIshak – http://azmanishak.com
  2. Megat – http://megat.net
  3. Syahirul – http://www.syahirul.com
  4. Hydir – http://www.hydir.com
  5. Azizan Kadir – http://azizankadir.com
  6. Anwar Ibrahim – http://www.anwaribrahim.com
  7. Ustaz Zaharuddin – http://www.zaharuddin.net

dan banyak lagi blogger yang menggunakan nama mereka atau nama popular mereka sebagai domain blog mereka. Jadi kenapa kita taknak gunakan nama kita sendiri sebagai domain?

Adakah nama kita:

  1. Tiada nilai komersial?
  2. Tak sesuai untuk jadi tajuk blog
  3. Orang tak kenal kita?
  4. Malu?
  5. Taknak glamer?

Mari kita fikirkan dan gunakanlah nama kita sendiri apabila hendak membuat blog peribadi anda!

p/s: Apalah ada pada nama? Segalanya!

[IT] Blogger memperkenalkan Blogger Template Designer – LIVE Edit template anda!

March 26, 2010  |  IT  |  13 comments

Blogger hari ini memperkenalkan Blogger Template Designer – suatu aplikasi yang membolehkan anda mengubahsuai template anda mengikut citarasa anda sendiri.

Jika selama ini anda hanya menggunakan template WordPress yang di convert ke blogger tapi kini Blogger menawarkan template yang cantik dan indah dan anda boleh ubahsuainya secara LIVE!

Kenapa anda perlu cuba dan gunakan ia?

  1. Template Designer ini menawarkan 15 template serba baru dan juga mudah di ubahsuai mengikut citarasa anda.
  2. Terdapat template untuk satu, dua dan juga tiga ruang (column) untuk anda. Apa yang lebih menarik, anda boleh set kan saiz template anda tu secara mudah.
  3. Gambar background yang menarik boleh digunakan. Terima kasih kepada istockphoto.

Bagaimana nak gunakan Blogger Template Designer?

  • Login masuk ke Blogger in draft di sini. Gunakan username dan password yang sama seperti akaun Blogger anda.
  • Klik pada tab layout
  • di hujung sebelah kanan anda akan dapat melihat tab Template Designer

Log dalam draft dan klik tab layout>template designer

Jika anda masih tidak jelas tentang Blogger Template Designer, sila ikuti video ini.

Apa yang anda boleh EDIT?

  • Anda boleh mengedit template anda dengan menggunakan template yang disediakan.

Pelbagai template yang menarik boleh dipilih

  • Anda boleh edit background dengan pelbagai gambar daripada istockphoto

Pelbagai image boleh digunakan sebagai background

  • Anda boleh edit Layout samada anda nak satu, dua atau tiga ruang (column)

Pelbagai variasi column boleh dipilih

  • Anda boleh edit macam-macam lagi pada tab Advanced seperti tajuk blog, gadget, image dan sebagainya

Klik tab advanced untuk pelbagai edit

Kepada pengguna platform blogger mesti mencuba Blogger Template Designer ini.

p/s: Selamat mencuba

Sewa suami dengan hanya RM5000 sebulan!

March 23, 2010  |  Isu semasa  |  17 comments

Sanggupkah anda jadi "suami" kepada mereka dengan bayaran RM5000 sebulan?

Selama ni kita hanya banyak mendengar bahawa ramai gadis-gadis Malaysia yang melarikan diri ke Lombok, Batam, Bangladesh semata-mata nak berkahwin dengan warga negara asing atas dasar cinta.

Kini kita dikejutkan pula bahawa dengan hanya RM5000 sebulan, kaum wanita warga asing akan berkahwin dengan lelaki warga tempatan agar mereka dapat tinggal lebih lama di Malaysia!

Mereka ini kebanyakannya pula terlibat dengan sindiket pelacuran dengan pulangan Rm20,000 sebulan. Jadi untuk mereka bayar kepada suami mereka sebanyak RM5000 sebulan memang tiada masalah. Perkara ini dilaporkan oleh Jabatan Imigresen dalam operasi mereka baru-baru ini.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang rasanya malas nak kerja tapi nak hidup mewah bolehlah terlibat dengan sindiket macam ni. Untung-untung dapat isteri(?), kalo tak untung pun dapat penyakit VD!

p/s: Kalau saya dibayar Rm100,000 sebulan pun saya taknak! Setia pada yang satu :-)

Kredit: NST,