Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2009. Satu peningkatan yang membanggakan dan menunjukkan kualiti pelajar semakin baik setiap tahun.
Tapi sedar atau tidak bahawa sudah dua tahun berturut-turut pelajar wanita lebih cemerlang keputusannya berbanding dengan pelajar lelaki. Data rasmi dari Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa pelajar perempuan mendapat Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.94 manakala pelajar lelaki pula 5.79. GPN ini adalah berdasarkan skala 0 – 9 dimana nilai 0 adalah terbaik manakala 9 adalah yang paling teruk.
Selain itu, daripada 7987 pelajar yang mendapat keputusan SPM yang terbaik, 4683 atau 56.83% adalah pelajar perempuan!
Jadi di mana menghilangnya pelajar lelaki ini? Adakah lelaki kini makin malas belajar atau dalam erti kata lain main-main ketika belajar? Adakah pelajar lelaki lebih suka bekerja dari belajar bersungguh-sungguh? Adakah pelajar lelaki rasa belajar itu nombor dua dan hal-hal lain nombor satu? Adakah ramai pelajar lelaki lebih suka terlentang di jalan raya berbanding menelaah buku-buku di perpustakaan?
Jika pelajar lelaki terus dengan sikap acuh tak acuh maka akan datang lelaki hanya layak jadi pekerja manakala perempuan pula menjadi boss atau majikan!
p/s: Tahniah kepada adikku yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang semalam. Adik aku tu pun perempuan, pasal tu dia cemerlang agaknya?
Akhirnya terjawab sudah apa itu Projek 400 Nuffnang yang menjadi misteri kepada ramai Blogger baru-baru ini. Petang tadi, saya menerima e-mail dari Nuffnang berkenaan Projek 400 and you know what? Blog hydir{dot}com di jemput untuk menyertai Projek 400 ini!
Apakah Projek 400 ini? Ia tak lain dan tak bukan adalah projek komuniti yang melibatkan satu produk penjagaan kesihatan!
Hi Nuffnanger!
Tahniah kerana anda terpilih untuk menyertai Projek 400. Anda pasti tertanya-tanya apa itu Projek 400? Projek 400 merupakan sebuah projek di mana kami mengumpulkan 400 para blogger bersama untuk meraihkan program khas …
Nampak program yang dianjurkan adalah menarik dengan pelbagai aktiviti dan happening. Mungkin saya akan join!
p/s: Anda bagaimana? Ada sesiapa yang dapat jemputan Projek 400 ini?
p/s/s: Nak pergi ke tidak ni ya .. hmmm
Dalam hidup ini kita berjumpa dengan pelbagai orang. Ada yang menjadi sekadar kenalan, ada yang menjadi kawan, ada yang menjadi teman dan ada yang menjadi sahabat!
Kenalan adalah insan yang kita kenal tapi kiat tak semestinya tahu latar belakang hidup dia. Mungkin sekadar tahu nama beliau dan dimana dia tinggal sahaja. Ini adalah biasanya kawan kepada kawan kita.
Kawan adalah lebih mesra di mana kita tahu latar belakang dia, kesukaan dia, mana tempat hang-out dia, siapa kawannya yang lain dan pelbagai lagi. Kawan kadang-kadang boleh membantu ketika susah tetapi biasanya akan ada ketika senang.
Apa itu sahabat? Mereka adalah kawan tetapi dalam upgrade version! Mereka sanggup bersusah-payah unuk kita dan juga sanggup menghulurkan bantuan ketika kita susah. Mereka sedia menghulurkan tangan sebagai sahabat ketika waktu gembira dan waktu sukar. Mereka adalah insan yang akan mengingatkan kita jika kita tersalah langkah!
Ayuhlah kita upgrade kawan-kawan kita menjadi sahabat. Bagaimana? Anda yang lebih mengetahuinya!
p/s: Terima kasih kepada sahabatku Hafizul, Jurutera Petronas di Melaka kerana membantu aku yang kesusahan tadi walaupun dia sendiri sibuk dengan kerjanya. Thank you bro! I owe you one! Ini bukan pertama kali ko bantu aku ketika aku susah
![]()
p/s/s: Anda ada sahabat sejati?
Bidang kejuruteraan adalah bidang yang mencabar. Memang tidak menjanjikan keseronokan semasa tempoh bekerja. Ia memerlukan daya mantik dan penaakulan yang baik dan tepat. Bidang ini sering di kaitkan dengan lelaki dimana lelaki adalah dominan berbanding kaum perempuan terutamanya yang melibatkan kerja-kerja luar (field work).
Maka perempuan memang tak sesuai jadi “field” engineer kerana:
- Kerja kat luar tidak menjanjikan tempat dan persekitaran yang sihat untuk engineer wanita. Tapak pembinaan biasanyan umpama tapak peperangan dengan pelbagai jentera dan persiapan awal yang luar biasa sibuknya.
- Majoriti pekerja adalah lelaki yang tegar kelelakiannya. Kalau engineer wanita yang tegur dan arah-arahkan mereka, maka tidak mustahil mereka akan menjuih dan buat tak ambil pusing arahan-arahan yang diberikan.
- Kerja kadang-kadang melibatkan masa hingga ke malam. Bagi yang berkeluarga memang menjadi masalah. Silap-silap suami akan masam mencuka. Kalau sehari dua mungkin tidak apa tetapi jika berterusan hingga berbulan-bulan mahu suami “mati beragan” nanti.
- Persekitaran kerja adalah kasar. Kadang-kadang engineer juga perlu “hands-on” dan bukannya hanya memberikan arahan semata-mata. Boleh ke perempuan nak pikul spanar, guna chain block, guna hidraulik system sendiri?
- Di sebabkan persekitarannya yang kasar, tak mustahil “sexual harassment” berlaku secara lisan dan perbuatan. Sabar ke?
- Sesetengah kerja memerlukan panjat-memanjat, memasuki lubang dan ruang terkurung untuk tujuan pemeriksaan. Sangat tak sesuai untuk perempuan!
p/s: Itu hanya tanggapan biasa masyarakat untuk engineer wanita. Kini dah makin ramai wanita yang join field work ini.
p/s/s: Apa kata anda?



