Perlu ke majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan?
January 24, 2010  |  Featured, Islamic, Motivasi

cincin

Di suatu hari ..

Kak M: Salam Encik. Jemput ke kenduri majlis pertunangan anak saya encik pada 1 Februari ni. Ni kad jemputan nya. Kami buat sampai malam dan ada karaoke sekali.

Encik H: Huishh .. bertunang pun ada kad jemputan jugak. Macam nak jemput kenduri kahwin pulak.

Kak M: Ikut kehendak anak-anak encik. Diorang yang nak sangat buat macam ni.

Encik H: Mesti banyak habis belanja. Bakal menantunya kerja apa?

Kak M: Kerani bank aja … pandai-pandailah diorang nanti nak kumpul duit nanti.

Macam dah jadi suatu trend pula yang majlis bertunang buat secara besar-besaran walaupun bukan dari kalangan artis, VIP ataupun anak orang kenamaan. Jika artis or VIP buat mungkin ada sponsor dari pelbagai pihak yang nak lari dari cukai, orang biasa sekarang pun tak nak mengalah juga! Semua nak buat majlis tersebut secara “grand” dan hebat! Biar jiran-jiran berkata .. “Wah .. hebatnya majlis pertunangan anak kamu ni”

Tapi adakah mereka terfikir yang membuat majlis pertunangan tu mungkin akan menyempitkan hidup mereka kelak? Ya lah .. duit nak buat majlis pertunangan secara besar-besaran tu kena di adakan juga. Kalau dah jemputan sampai 300 orang belum kira lagi dengan barang-barang hantaran dan persiapan lain, mahu juga cecah sampai RM4-5 ribu belanjanya!

Kesian kepada si lelaki (dan juga perempuannya!) untuk menghimpun duit sebegitu banyak semata-mata nak buat majlis yang gah. Mungkin ada yang terpaksa meminjam dan berhutang untuk majlis pertunangan ini. Itu belum lagi untuk majlis perkahwinan kelak. Mungkin hutang majlis pertunangan belum habis dah kena tambah pula dengan hutang majlis perkahwinan! Nanti anak dah 2-3 orang pun hutang belum langsai lagi.

Apa yang terbaik?

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Memadai untuk sanak saudara dan juga jiran terdekat sahaja. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

Lain-lain yang perlu tahu tentang pertunangan ..

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah (boleh dipercayai)
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Apa-apapun, jangan kerana nak seronok dan gah sebentar tapi kemudian hari malu sahaja yang dapat!

p/s: Jangan ada dosa dalam usaha untuk membuat pahala.

p/s/s: Kesian tengok kawan-kawan yang bergolok-gadai semata-mata nak bertunang! Kalo nak berkahwin esok ntah macam mana le pulak nanti ..

Kredit:


33 Comments


  1. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

    “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

    - from SaifulIslam.com (Mengikat Pertunangan dalam Kesederhanaan ~ http://saifulislam.com/?p=1269 )

    satu perkara yang teramat membimbangkan bila mana generasi sekarang tidak sedar pesanan Rasulullah untuk merahsiakan pertunangan….

    ada apa dengan majlis besar jika nanti tidak mampu membeli nasi untuk keluarga?hutang keliling tak usah cerita….kenapa nak dibeban dengan perkara yang kurang penting…cukuplah sekadar memaklum kepada rakan-rakan & keluarga yang diri sudah dilamar orang untuk mengelak diganggu yang lain…

    sedangkan bertunang disuruh rahsia….apakah status pasangan kekasih yang belum punya ikatan apa?

    (^_~)v
    HURULAINI´s last blog ..Snow White [2004] My ComLuv Profile

    • ramai yg mementingkan status berbanding dgn tuntutan agama itu sendiri.

      sbb itu ramai yg buat adat tp sebenarnya adat itu bertentangan dengan kehendak agama!

      sebaik2nya pertunangan dirahsiakan, perkahwinan dihebahkan tp ada juga yg dah kahwin tp xnk update statusnya di Facebook! :D

    • trend pasangan kekasih kena ‘declare’

  2. peringatan yang cukup baik ni. sms geli geli tak bleh ye. hahaha… kekadang bila dah bertunang.. depa dok pikir sebelah kaki dah melangkah. mase ni memang banyak dugaan… tak kira dari dugaan ape pon mahupon shahwat.

    ade plak yang aku tengok siap masuk pesbook ngan blog berbagai mase bertunang… ish ish ish… ape neh? tunang tuh kene rahsiakan ye adik-adik… kalau kawin baru boleh dihebahkan… ingat tu

  3. wa…
    satu isu best…
    thanks for the info..
    pasni buat kecik2 jer..

  4. ikut famili, belah kelantan sll buat majlis pertunangan ala2 majlis perkahwinan apa. :P
    mohdisa´s last blog ..Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

  5. rasanya tak perlula secara besar-besaran..x elok kita terlalu membazir..memadailah bersederhana..
    mr.z´s last blog ..Di Sebalik Tabir Beg Kulit! (Unrated) My ComLuv Profile

  6. entri yang bagus ni,betul gak kan,kalau nak wat majlis pertunangan ,kita wat secara yang termampu je,lain la kalau majlis kahwin ,tu dah semestinya meriah
    wazy´s last blog ..Chong Wei Ke Final My ComLuv Profile

    • mmg itu yg sebaiknya tp ramai yg nak buat grand
      artis n VIP sudah tentu lah

      la ni org biasa pon dah start nak buat .. mana nak cekau duit pon tak tahu lah .. :P

  7. betul tu saudara, saya sokong sepenuhnya, kita lelaki bukan lah semata-mata mahukan majlis pertunangan yg terlalu besar sehingga memeningkan kepala…cukup sekadara saudara mara..bila majlis kahwin nnt bole la buat besar sket ,itu pun mengikut kehendak syarak je.
    Al-Faizal´s last blog ..LEGION- satu lagi citer sesat yang bakal/ keluar di pawagam My ComLuv Profile

  8. ..bila majlis kahwin nnt bole la buat besar sket ,itu pun mengikut kehendak syarak je.
    Al-Faizal´s last blog ..LEGION- satu lagi citer sesat yang bakal/ keluar di pawagam My ComLuv Profile

  9. bg pendapat sy tak perlu membazir..cukup la ala kadar…ikut syarat yg wajib dan dituntut je….membazir jugak boleh ke arah riak…yg lebih kepada bangga diri…
    ~asha~´s last blog ..I know You Want Me…. My ComLuv Profile

  10. Kita dah terlalu terdedah dengan budaya barat yang menghalalkan sentuhan sebelum pernikahan. Mungkin juga kerana kepelbagaian budaya di Malaysia ini telah sedikit sebanyak menyumbang kepada perubahan sikap, akal dan budaya org Melayu Islam. Jika itu berlaku pada hari ini.. apa yg akan berlaku pada 10 tahun akan dtg.?

    Yang peliknya, keluar belanja sehingga ribuan ringgit tidak menjadi soal. Tetapi wang maskawin naik sedikit menjadi isu hangat… tak faham… tak faham..
    Nazz´s last blog ..Lagu Halimah Jongang Hiburan Dalam Penghinaan My ComLuv Profile

    • itulah namanya kita ni tak faham ilmu agama ..
      apa yg diajar di sekolah terlalu sedikit ..

      kadang ilmu ada tapi kalo x diamalkan maka sia2 lah shj ..

  11. aku dah lama terpk nak tulis entry ni. tapi aku terpaksa tangguh demi jaga hati beberapa pihak. insyaAllah, tak lama lagi aku ulas juga.
    mrkay´s last blog ..Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat My ComLuv Profile

  12. Sokong , pertunangan tak perlu diperbesarkan

  13. pandangan sylah.. tak perlulah buat majlis tu secara besar-besaran kerana, pertunangan itu titik berkenalan antara dua pasangan. Maksud sy masa tu lah kita nk kenal hati budi masing-masing. Kadang-kadang masa bercinta mmg sorok semua, tp bila dah bertunang semua keluar. Balik pada asal, cukuplah sekadar jiran tetangga, sahabat handai dan saudara terdekat. Jika dihebah-hebah kepada masyarakat, jodoh pulak tak panjang sudah menjadi bualan orang ramai. Just my pendapat. :)
    Rainbow´s last blog ..Tolonglah Wahai Wanita:Rayuan Seorang Lelaki My ComLuv Profile

  14. pandangan sylah.. tak perlulah buat majlis tu secara besar-besaran kerana, pertunangan itu titik berkenalan antara dua pasangan. Maksud sy masa tu lah kita nk kenal hati budi masing-masing. Kadang-kadang masa bercinta mmg sorok semua, tp bila dah bertunang semua keluar. Balik pada asal, cukuplah sekadar jiran tetangga, sahabat handai dan saudara terdekat. Jika dihebah-hebah kepada masyarakat, jodoh pulak tak panjang sudah menjadi bualan orang ramai. Just my pendapat. :)

  15. oh nak tambah lagi…skrg ni budaya sarung cincin oleh lelaki (bakal tunang) sudah berleluasa..bukan lagi bakal mak mentua..tapi bakal tunang tu sendiri menyarungkan cincin..ini mmg tul2 tiru budaya barat….uhuhuh

    maafi kalo terasa..tapi ini kan pendapat awam…
    ~asha~´s last blog ..Scuba TV My ComLuv Profile

  16. IZA
    Twitter:
    (6 comments.)

    Memang tak patut buat besar-besaran…..membazir je…kalau tak jadi kahwin nanti, sapa yang nak tanggung malu…..tanggung hutang lagi, dosa lagi….
    mungkin akhir zaman….macam2 boleh jadi
    IZA´s last blog ..Sekadar Renungan 1 My ComLuv Profile

  17. Skrg ni smuanyer nk grand2 jer.. duit blakang kira.. klau mampu x kisah lah.. tp klau smpai pinjam2 orang tu baik x payah lah.. mnyusahkan diri sndiri nnti.. buat ala kadar sudah.. tp kena bincang ngan kedua-dua blah pihak.. =)
    kertaz´s last blog ..Jangan buat macam tu lagi! My ComLuv Profile

    • ya .. memang patut buat untuk keluarga terdekat shj ..
      bila dah meminjam tu yg parah tu ..

      lagi satu .. nak canang satu kampung buat apa pertunangan .. kang makin ramai yg menyampah ada le

  18. bagi aku tak perlu.membazir je.
    anak chef wan tu dah tahap membazir amat.huhu.
    nabi nikah simple aja.
    Wan Perlis´s last blog ..Auladjannah Contest Dialog Lucu dari Kak Pah My ComLuv Profile

  19. x-po
    Twitter:
    (35 comments.)

    aku ingt nnt aku xnk bertunang la, nk trus khwin..sbb dlm tempoh tunang tu, mcm2 leh berlaku..mksd aku, berlaku kecurangan..kalau khwin trus, skurang2nya ok la skit
    x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? My ComLuv Profile

  20. mr.eims from perfume
    Twitter:
    (12 comments.)

    Cerita bab tunang melampau nie aku pun bnyk tgk org sekeliling aku yang buat sama.

    nway. majlis aku haritu biasa2 jer. nasib baik aku org kelantan :p org kelantan nie simple2 je bab tunang, kawin, :p

    ramai org sekarang aku pun tak faham cara pemikirannya. even kita pun jenjarang buat silap. ikut keinginan juga jarang2.

    kalau majlis kawin munkin buleh cakap “majlis yg sekali dalam hidup” tapi jangan lah belanja melampau juga.

    tapi utk tunang….. bagi aku… tunang jer. tak confirm langsung pun boleh sampai tahap nikah ke tak. belanja berubu2 entah2 esok hayat tak panjang. nayo je tak sempat nikah juga..
    mr.eims @ perfume´s last blog ..Lancome Tresor EDP – very fine and elegant My ComLuv Profile

  21. raya ni ku nak tunang.
    tgk komen2 camni,
    ase nak bersederhana saja lah masa majlis nanti.
    huhuhuhuuh

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled