Aku percaya ramai yang penah buat camtu masa study dolu. Time kerja pon kadang2 kita ada buat camtu jugak. Suka buat last minute!
Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh.
Adakah kita mempunyai ciri2 orang yang suka bertangguh?
1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.
2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.
3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.
4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.
5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.
Jadinya, bagaimana nak atasi penyakit bertangguh ni? Berikut beberapa tips yang boleh kita ikut:
1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.
2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.
3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.
4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.
5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!
6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.
7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.
8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!
9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.
10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.
11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.
12. Rehat yang cukup – Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid. Jangan terlebih rehat pula
13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.
14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.
So mari kita buang sikap bertangguh ni .. nanti mahal rezeki. Kita juga yang rugi.
p/s: Aku dengan tak bertangguhnya menge’post’ gambar hadiah yang aku terima dari AzmanIshak sempena kontestnya baru2 ni. Hadiah ni diterima hari ni (23/4/09) melalui poslaju.
Terima kasih bebanyak Man .. kalo ada kontest lagi inform ya … muahahahaha



mcm aku ler ni..
suke tngguh2kn ssuatu keje tu..hehe
kdg2 leh buat arini,aku tngguhkn esok..
ye ler,ape xnye..
da tau ssuatu tu snang,kite biarkn jer..
pastu sok pn same..
lame2 ble da trkumpul byk,time tu
ler nk setelkan..hu..hu..
apepn tips kat atas tu
sdikit sbnyk dpt mmbntu aku..
hrp2 leh ikut ler..
tkut msuk tlinge kanan
kluar tlinge kiri..he..he..
p/s: cntik hadiah bro!…yg sedey smlm chelsea bole draw..br’tngguh2 nk jd juare lak..(pos kn entri ni kat hiddink)he..he..
zai’s last blog post..Nak Sembuh Penyakit Misteri
@zai, betul tu .. kdg2 bila kita rasa keja tu senang .. konfirm kita tangguhkan..
lama2 kelam kabut nak siapkan .. kweh3
adeh .. tu le pasal Chelsea ..
main rilek jer lawan everton ..
aku memang suka bertangguh…
dari dulu sampai la skang…adoiyai
nice tips bro, aku nak cuba aplikasikan…hohoh
spatt’s last blog post..Blog Ni Kucar-Kacir!
@spatt, jgn bertangguh banyak sgt
kang tertangguh lak nk keja n kawen cepat
muahahaha
Twitter: azmanishak
(13 comments.)
satu ketika dulu aku memang suke kerja bertangguh.. haha terutama mase belajar. adoi ai.. malas nye la.. tapi bile dipikirkan balik rugi sungguh tak belajar betoi betoi. Kalau tak dah tentu la aku boleh amik master.
aku still angan-angan nak sambung belajar balik, tapi keadaan belum lagi mengizinkan. Tambahan pulak sekarang aku ade agenda yang penting dalam hidup aku yang perlu disempurnakan terlebih dulu. Jadi kirenye kepentingan diri sendiri terpaksa lah aku ketepikan untuk sementara waktu.
hajat kat hati kalau kompom aku belajar sungguh sungguh… target aku ialah IR muhahaha…. besar giler cite cite. Erm.. tak pe ar.. itu angan-angan yang aku sendiri tak pasti aku mampu ke tak…. sabor jer la.
Pelajaran memang penting. Itu adalah kenyataan. Tapi mase zaman belajar.. semua tuh dianggap bebanan. Bile dah kerja, semua mintak highers certificate.. mase tuh baru sedar… yang selama ni diri sendiri dah buang banyak masa, abaikan pelajaran.. haha… rasenye belum terlambat untuk menyesal… meskipon dah bekerjaya… tapi tak salah kirenye kite berusaha untuk mengubah taraf hidup.
erm.. dengar citer sekarang dah nak masuk zaman pertengahan kegawatan ekonomi. Statistik daripada bancian customeryang aku buat kat tempat kerja aku, menunjukkan penurunan. Customer berbelanja sekadar perlu. Tak macam dulu lagi. Masuk bulan 6 adalah fasa kejatuhan ekonomi global secara mandadak. Adoi ai… sape yang tadek kijer tetap lagi mase ni memang susah la. Lagi lagi kalau duduk kat bandar.
entah la… bukan tak bersyukur dengan apa yang ada…. tapi buat mase ni… cukup la dulu… semua angan angan aku simpan untuk mase akan datang…
ok en. hydir…. cume secebis luahan rasa dari aku.
tadek kene mengena plak dengan topic.. kekeke~
@Azman Ishak, hoho .. aku sedia mendengar .. skrg kitaran gawat lagi nih
walaupon kerajaan kata kita bleh atasinya
tp aku rasa lagi 2-3 tahun baru bleh stabil
keperitan ini kena hadapi dgn baik
simpan wang sepatutnya
Itulah kehidupan sebenarnya
Perghhh detail betul penerangan yang di beri. aku setuju dengan smua perkara2 di atas. Tapi apapun yang mainkan peranan utama adalah sikap kita. Kalo kita bersikap positif maka akan hilanglah semua kekangan yang ada. Secara x langsung kita akan mempunyai jujur,amanah dan bertanggungjawab pada diri sendiri. Kalo xde nilai2 ni maka hancus la apa yang kita buat.
Kita akan jadi seorang yang suka lengah2kan masa n bertangguh dalam melakukan sesuatu.
pjan’s last blog post..Aksi Si Kucing
cam perli aku jerk post neh. skunk den ngah wt thesis.der masa jerk, wt mende2 x berpaedah ie blogging, chatting, surfing net, waaa insap2
menyesal kemudian tidak berguna…wallaaaaa terkene lai
moonie’s last blog post..men masak2
@moonie, eden x tau le eko nih..
x dapek eden nk nulungnya eh
pandai2 le eko bagi masa .. kot kantoi sok ..
kono kawen copek lak nanti .. hehe
pewter eh hadiah tu? mahal tuhh
blowie’s last blog post..1,2,3,4…30? tolong baca dlm PPSMI
@blowie, hoho .. pewter yg menarik
ko xde buat kontest ker … kot2 aku bleh join..
muahahaha
skrg hadiah tu aku letak atas TV .. ngam!
Fuh nasib bek aku x terkena pad asegalanya…aku ni jenis x leh tggh keje sbb pernah kene dulu,..tggh sgt..last2 keje berlambak..pastu pening nak siapkan..
shafie[dot]biz’s last blog post..Jangan Berlagak Bila Kau Kaya
@shafie[dot]biz, tu le pasal ..
aku pon kdg2 kalo tangguh keja .. last2 bleh pengsan ..
keja sampai kul 10 mlm ..
huahahaa
@Ir. hydir, erm aku pernah 3 hari keje tnpa henti..mmg pgsan..lepas 3 hari tu jer aku trs down..walaupun aku ni student lagi tp aku mmg dah thu camner tu keje..mmg lth la..
shafie[dot]biz’s last blog post..Jangan Berlagak Bila Kau Kaya
Bro thanks atas tips ni…aku akn ikut seratu peratus…ader yg aku dah wat dan ader yg aku lum wat..neway thanks a lot..
shafie[dot]biz’s last blog post..Jangan Berlagak Bila Kau Kaya
Twitter: hurul_aini
(5 comments.)
Salam…
hua3….aku dah 2 minggu lbh ngadap buat design ni x siap2 ni…huhu…ada sedikit unsur bertangguh dicampur unsur cover kerja admin campur mmg keja ni lambat nak siap…hua3
kawan aku pernah cakap dulu…bila target nak siapkan kerja, bagi fokus, 1 hour focusing on your work is better than whole day working without focus…
tapi biasanya…mcm aku boleh fokus setengah jam…pastu start buka Firefox balik…hua3….
neway, thanks for the tips & reminder…huhu
HuRuL_AiNi’s last blog post..Tika detik hujan itu turun…
@HuRuL_AiNi, hoho .. tu le penyakit kita kalo keja ada line tenet nih..
tangan mesti gatal jer nak check email ler.. twitter ler..
last2 ..keja tertangguh ..
kweh3
tapi kadang-kadang buat kerja last minute baru semangat lebih.. sekejap je boleh setel kerja.. hohooh
yaya…memang suke bertangguh
dari skolah rendah lagik…
tapi asalkan kerje siap…dan hantar…
hehe
cool cool~~
loq’s last blog post..Proton Exora adalah suatu revolusi dari Proton
Twitter: zarylnaxrie
(1 comments.)
hehe. selalunya mmg camtu. walaupun dh pasang niat x nk tangguh2 tp last2 camtu gak jadinya. asalkan keja siap udah le… huhu
kalo aku buat kerja memang confirm esok nak hantar malam ni baru nak baca apa benda nak kena buat.. hoho time tu la idea masuk kaw2 punya.. hoho lancar je menulis..
topo’s last blog post..kisah perjalanan hidup topo di alam maya..