Sahabat adalah upgrade kepada kawan
March 7, 2010  |  Peribadi

Dalam hidup ini kita berjumpa dengan pelbagai orang. Ada yang menjadi sekadar kenalan, ada yang menjadi kawan, ada yang menjadi teman dan ada yang menjadi sahabat!

Kenalan adalah insan yang kita kenal tapi kiat tak semestinya tahu latar belakang hidup dia. Mungkin sekadar tahu nama beliau dan dimana dia tinggal sahaja. Ini adalah biasanya kawan kepada kawan kita.

Kawan adalah lebih mesra di mana kita tahu latar belakang dia, kesukaan dia, mana tempat hang-out dia, siapa kawannya yang lain dan pelbagai lagi. Kawan kadang-kadang boleh membantu ketika susah tetapi biasanya akan ada ketika senang.

Apa itu sahabat? Mereka adalah kawan tetapi dalam upgrade version! Mereka sanggup bersusah-payah unuk kita dan juga sanggup menghulurkan bantuan ketika kita susah. Mereka sedia menghulurkan tangan sebagai sahabat ketika waktu gembira dan waktu sukar. Mereka adalah insan yang akan mengingatkan kita jika kita tersalah langkah!

Ayuhlah kita upgrade kawan-kawan kita menjadi sahabat. Bagaimana? Anda yang lebih mengetahuinya!

p/s: Terima kasih kepada sahabatku Hafizul, Jurutera Petronas di Melaka kerana membantu aku yang kesusahan tadi walaupun dia sendiri sibuk dengan kerjanya. Thank you bro! I owe you one! Ini bukan pertama kali ko bantu aku ketika aku susah :)

p/s/s: Anda ada sahabat sejati?



35 Comments


  1. sangat setuju, kawan ramai, tapi sahabat tak ramai..macam inner circle kita je lah kot..hehe
    etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed My ComLuv Profile

  2. @etomyam .. haha ..betul tu :)
    sahabat sejati memang payah nak cari

  3. betul tu..
    zaman skang ni senang jer nak cari kawan..
    tapi agak susah kalau nak cari sahabat..
    haha..

  4. pretend jd sahabat ramai le @jaws .. hahaha

  5. Klau x der member, susah hidup.. =)
    kertaz´s last blog ..Selamat Tinggal Kucing.. My ComLuv Profile

  6. @kertaz .. betul tu bro, takde member susah tapi kalo xde sahabat lagi susah!

  7. Ada tambahan 1 lagi. Rakan cyber iaitu rakan yang dikenali di alam cyber sahaja :D
    imran´s last blog ..Lazatnya RFC My ComLuv Profile

  8. salam ziarah…
    kawan waktu senang ni memang bersepah-sepah.
    tapi yang ada disisi kita waktu susah tu je yg sebenar-benar sahabat dan memang sukar dicari.

  9. Salam….

    Berusaha menjadi sahabat yang baik sebelum mencari sahabat yang baik..kerana lahirnya sahabat yang baik sisi, adalah mengikut peribadi diri sendiri.
    zoul´s last blog ..Waktu Aku Kecik My ComLuv Profile

  10. salam..yea..disini pun suri ada kawan bloger lagi..
    sesungguhnya kawan itu tidak mengenal harta..susah..mahupun senag kerna ia adalah sahabat sejati yang sukar untuk dilupai ;)

  11. Susahnya nak cari kawan… kawan di alam cyber susah nak cari… lagi2 yang nak dipercayai susah sangat.. :-(
    zik´s last blog ..Sindikit gores dan menang, perlu kita banteras!! My ComLuv Profile

  12. @Imran .. betul, kdg2 rakan cyber lagi ramai dr rakan nyata
    @ahmadyusrie @surihati_ku @zoul .. mmg nak cari kawan sejati memang payah sekarang ni .. kena tapis dan test banyak kali baru jumpa :)

    @zik .. namapun cyber .. semua jadi cyber jugak!

  13. Salam, Kawan, Sahabat..teman macamana?nak juga. sahabat subahat?hehe
    Walaupepun ok lah kan. nak berkawan or berteman or bersahabat jnji kita ikhlas & hepi…
    Che Wie´s last blog ..Tujuh Cerita Balada Pengundi Jalanan My ComLuv Profile

  14. nak cr kenalan pegi pegi fesbuk..nak cr kawan pegi banje makan..nak cr sahabat,kn la pandai…hehehe
    azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? My ComLuv Profile

  15. Tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya. – Hadis
    Payah nak memilih sahabat. Mungkin kisah Ayyash dan Uqbah ni boleh jadi sempadan http://tintataghyir.com/2009/12/antara-ayyash-dan-uqbah/
    hadjie´s last blog ..Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad? My ComLuv Profile

  16. @Che Wie sahabat subahat .. tu bukan sahabat lagi tu, musibat tu .. hoh

    @azizan4444 satu cara nak erat persahabatan adalah melalui makan2 .. mmg betul

    @hadjie subhanallah .. :-)

  17. sahabat susah nak cari.
    kawan kat mana2 pun boleh
    Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? My ComLuv Profile

  18. setuju sgt2!
    sahabat,da upgrade version of kawan :D

  19. sahabat.. adalah kawan yg setia.. sewaktu susah, sewaktu senang sentiasa bersama..itulah sahabat..
    kawan.. kawan gembira ada selalu dengan kita..namun..
    kawan menangis.. harap jgnlah ada..

    p/s itulah bedanya sahabat dengan kawan..
    Hafiz Mohd´s last blog ..How To Increase Traffic My ComLuv Profile

  20. dalam 3 tahun kebelakangan ni, selalu sangat dihampakan oleh kenalan baru. So, saye telah decide untuk mengekalkan hanya 3 orang sahabat dalam hidup saya. Sbb dah kenal sifat baik dan buruk.

    Cik Hydir ada software untuk upgrade kawan ke sahabat tak? hehe..

  21. Saya ada ramai kawan, tapi yang termasuk dalam kategori sahabat mungkin cuma ada 2~3 orang saja.

    Yang saya tahu, seorang sahabat, dia tidak pernah mengungkit kebaikannya. Dia tidak pernah berkira, dia sanggup berkorban dan bersusah payah demi sahabatnya.

    Memang susah nak jumpa sahabat laaa ni.
    LuahanHati´s last blog ..Ibu dan isteri, mana lebih utama? My ComLuv Profile

  22. aku dah selalu menceritakan mengenai sahabat dan kawan (boleh cari tag kawan dan sahabat =P)

    bagi aku sahabat lagi bermakna.. membezakannya hanya diri sendiri yang tentukan..
    menteil´s last blog ..Lubang Yang Menarik Di Dunia My ComLuv Profile

  23. tak semua kawan adalah sahabat..huhuh
    aizuddin´s last blog ..gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL My ComLuv Profile

  24. beribu kawan aku tak dapat menandingi
    seorang sahabat..
    Mus´s last blog ..Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra My ComLuv Profile

  25. @Hafiz Mohd kawan yg menangis bersama kita ketika sukar memang payah nak cari, melainkan dia seorang sahabat.

    @sharinabd .. sy belum jumpa lagi software tu .. kalo ada nanti sy inform kat sini .. hoho

  26. best gile jadi engineer.hu3
    Scromix´s last blog ..Selamat Kembali Scromix & Pengajaran Daripada Raja Lawak 4 My ComLuv Profile

  27. ada sahabat sejati..
    takut la nak baik sangat dengan orang.. dah pernah terkena
    luth textile´s last blog ..Apa jadi selepas 8 Mac 2008? My ComLuv Profile

  28. Mengenali kawan dialam cyber…dan diluar cyber,,amat memeningkan…kes main upgrade inilah..gak susah

  29. @Scromix ada juga yang tak bestnya .. :)
    @luth textile, buat baik berpada-pada .. buat jahat jangan sekali
    @ishak, memang susah sbb version upgradenya x dibangunkan oleh sesiapa .. ia adalah open source!

  30. kawan kacang peas aje nak cari. for me, its simple jugak. tp, bab sahabat susah nak cari. if nasib baik, lambat laun dapat jugak jumpe sahabat tp kalau nasib kureng sket, sampai ke tua..tak ade sape yg layak jadi sahabat ;)
    lizz´s last blog ..Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid? My ComLuv Profile

  31. wazy
    Twitter:
    (14 comments.)

    tanpa kawan siapala kita,kawan juga la yang berada disamping kita semasa susah dan senang,tetapi ade jugak kawan makan kawan,dunia²
    wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 My ComLuv Profile

  32. salam,bro hydir agak ketinggalan ayie meninggalkan komen dalam entry ini.. terlebih dahulu ayie memohon maaf lama x jenguk sini atas dasar kesibukan + tanggungjawab + komitmen pada tugas yang bertimbun2… ok berbalik pada entry bro hydir agak menarik dan ayie pernah utarakan entry seperti ini.. memang kawan masa suka adalah time susah x kenal kita tapi sahabat susah or apa2 pun masalah yang kita alami meraka masih ada dibelakang kita…ayie ramai kawan sahabat maybe ada 2 or 3 orang sahaja :P

  33. Iza
    Twitter:
    (6 comments.)

    Salam…
    susah nak mencari sahabat sekarang ni. Bila dah kahwin, nak cari kawan pun susah, apalagi sahabat……ku hanya punya rakan di alam maya sahaja….
    Iza´s last blog ..Pro Dan Kontra Read More My ComLuv Profile

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled