Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2009. Satu peningkatan yang membanggakan dan menunjukkan kualiti pelajar semakin baik setiap tahun.
Tapi sedar atau tidak bahawa sudah dua tahun berturut-turut pelajar wanita lebih cemerlang keputusannya berbanding dengan pelajar lelaki. Data rasmi dari Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa pelajar perempuan mendapat Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.94 manakala pelajar lelaki pula 5.79. GPN ini adalah berdasarkan skala 0 – 9 dimana nilai 0 adalah terbaik manakala 9 adalah yang paling teruk.
Selain itu, daripada 7987 pelajar yang mendapat keputusan SPM yang terbaik, 4683 atau 56.83% adalah pelajar perempuan!
Jadi di mana menghilangnya pelajar lelaki ini? Adakah lelaki kini makin malas belajar atau dalam erti kata lain main-main ketika belajar? Adakah pelajar lelaki lebih suka bekerja dari belajar bersungguh-sungguh? Adakah pelajar lelaki rasa belajar itu nombor dua dan hal-hal lain nombor satu? Adakah ramai pelajar lelaki lebih suka terlentang di jalan raya berbanding menelaah buku-buku di perpustakaan?
Jika pelajar lelaki terus dengan sikap acuh tak acuh maka akan datang lelaki hanya layak jadi pekerja manakala perempuan pula menjadi boss atau majikan!
p/s: Tahniah kepada adikku yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang semalam. Adik aku tu pun perempuan, pasal tu dia cemerlang agaknya?


Twitter: etomyam
(9 comments.)
pelajar lelaki jenis lepak dan rilek2 jer kot, bila dah semua jawatan dipegang oleh wanita barulah nak gelabah…

etomyam´s last blog ..Terkini Senarai Individu Terkaya Di Dunia 2010
@etomyam tu le pasal .. macam mana lelaki nak jadi ketua kalo kelulusan takde
Salam..
Aku ambik yg positif lah..
Otak lelaki ni dr segi belajar memang liat sikit.. tetapi dari segi penggunaannya dalam kehidupan harian, lebih power dr pompuan.
Lelaki.. belajar lambat faham berbanding pompuan, tapi bila dah faham dia lebih berkembang berbanding pompuan.
wallahuaklam..
Zoul´s last blog ..Pantang Waktu Berkhatan
Twitter: JawsIsmail
(20 comments.)
lelaki perform dengan benda lain..
bukan dengan akdemik..
banyk lagi benda yang perempuan tak perform..
dan SPM bukan yg menentukan segalanya dalam hidup..
sistem akademik negara kita membuatkan pelajar menjadi pasif..
Twitter: zikrihusaini
(18 comments.)
Ada lelaki yang berjaya nie..cuma sikit sangat bilangannya… huhu

zik´s last blog ..Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini!
Pelajar lelaki sibuk bercinta, merokok, ponteng kelas dan pelbagai lagi masalah. Pelajar perempuan pula sibuk study. Banyak lagi faktor yang mendorong pelajar lelaku merosot
imran´s last blog ..Blog Protector
Twitter: judinbo
(35 comments.)
em lumrah zmn skrg bro..aku ni yg mengajar form 4 dan form 2 pun, bdk pmpn je yang rajin..yang laki? duk asik termenung je keje
secara logiknya, lebih ramai perempuan lebih rajin dri lelaki.. jadi tak mustahil utk berjaya..agaknye la..
fiezaradzi´s last blog ..Jombuzz – Komuniti Blogger Malaysia
susah nak cakap. kena buat survey sikit ke mana perginya lelaki
ketika ramai perempuan ambil SPM.
tapi dari apa yang saya tengok programming ramai lelaki dari perempuan hehehe
Amin007´s last blog ..tengah cari ilham
haha macam mengata saya je.. btw whatever it is, sudah tercatat dlm al quran, dimana 1 masa nanti, yg lelaki lebih sikit dari perenpuan. dan jika diambil dari konteks yg lebih besar, mungkin inilah apa yg dimaksudkan. “renung2kan dan selamat beramal”
Hafiz Mohd´s last blog ..Blogger And Followers, Do They Need Each Other?
pada pendapat aku la kan, pelajar lelaki mungkin lemah akademik tapi sebab malas je. kalau rajin sket konpem lagi power dari pompuan. lagi pun setakat spm tak boleh dijadikan kayu pengukur. ramai je lelaki bejaya walau pun spm cukup makan. tengok jutawan kat malaysia. ada jutawan pompuan? (pro lelaki ni. haha)
zaiMi´s last blog ..Perhatian! Ancaman Terhadap Blogger
adeh..ni yg buat malu ni..mane la peginyer budak lelaki..aku raselakan..mmg budak laki sekarang (sbb dulu tak camni) kuat main-main mase belajar..semua kuat except belajar..
p/s – nanti yg masuk u pun lagi ramai perempuan..lelaki?
lupe plak..ni kuar topik skit..nak tnyerla..camne bro buat icon fb,twitter dll (bawah shoutbox sebelah kanan) nie..terima kasih..
hafizmd´s last blog ..Sedap ke daging gajah?
pada pendapat aku la. sistem pendidikan ni negara ni yang x adil sebenarnya. budak2 pompuan ni sebenarnya diorg lebih awal baligh. secara otomatisnya mereka akan menjadi matang lebih awal. pelajar laki pulak, 15 tahun baru nak baligh [averagenya] 9 – 15 =6. oleh itu, 6 tahun beza kematangan perempuan dengan lelaki. so x heran la kalau perempuan lagi cemerlang.
mmg la bdk pompuan ramai yg brjaya….tngok la perempuan bape ramai..skang ni 1 lelaki 8 perempuan..mcm mane tu..klo laki semua pandai pon xdpt nk tandingi jumlah pompuan yg pandai..dak lelaki lebih cekap bila dh masuk bab keje..antara keje laki ngan pompuan mane lebih bagus???klo dk pompuan mesti dia jwb pompuan lebih efisien..tp ak xstuju sbb pompuan klo wat keje bnyk brckp..smpai bile keje xjln..sng citer r pompuan mmg pandai dlm bab akedemik xpandai dlm bidang nk cari duit..tngok la skang laki ngan pompuan sape lagi kaye???ramai ke pompuan jadi jutawan???sape yg pling kaya kt dunia ni??laki ke pompuan??
Base on my opinion, a Women its be more succes than a guys an account of dicrismination to the gender. A guys don’t have 100% privilaged or priority while applying to university or persuing of the education. The goverment that has give more priority to a WOMEN.That why is the most university which has fullfiled by women.
lelaki diberi anugerah yang sangat bernilai.. otak mereka lebih pikat bila mereka mentelaah….tapi sekarang mereka mula sibuk…sibuk dengan dunia…