Salam sejahtera semua.
Bermulanya kempen Blogger We Care pada 9 Januari 2010 yang lalu merupakan suatu usaha untuk membantu rakan kita En. Megat yang dalam kesusahan disebabkan diserang penyakit misteri. Recall permasalahan beliau di post Megat: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak.
Pada mulanya saya hanya menjangkakan lebih kurang 100 buah blog sahaja yang akan menyertai kempen ini. Namun saya silap.
Sehingga ke post ini ditulis telah 415 blog telah menyertai kempen Blogger We Care dengan meletakkan ribbon simbolik itu di blog masing-masing. Anda semua ada yang mengenali dan tidak mengenali saya dan saudara Megat secara dekat tapi komitmen anda semua menakjubkan!
Benar seperti kata-kata pepatah bahawa “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” dan permuafakatan tanpa mengira anda kenal atau tidak menjayakan usaha kempen Blogger We Care.
Info: Dengan izin Allah S.W.T. maka usaha saya untuk memberi bantuan perubatan kepada saudara Megat telah berhasil. Kini beliau dengan penyakit misterinya telah berakhir. Beliau kini dalam proses rawatan moden dan mendapatkan kembali tenaga beliau yang selama ini terhalang.
Beliau kini akan mendapatkan rawatan perubatan moden dan dalam proses untuk ke hospital.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan kempen ini.
Saya senaraikan kesemua blog yang menyertai kempen Blogger We Care di sini. Jika ada yang terlepas dari pandangan saya, saya minta maaf.
Mereka yang menyokong Blogger We Care :
p/s: Usaha yang kecil jika dilakukan secara bersama akan membuahkan hasil yang menakjubkan! Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.
p/s/s: Jangan lupa untuk mendapatkan t-shirt eksklusif Blogger We Care. Cetakan terhad.
p/s/s/s: Kutipan terakhir adalah RM415 dan blog terakhir yang sertai adalah mk nace unlimited. Sumbangan ini akan diserahkan kepada En. Megat dalam tempoh terdekat ini. Akan di update di sini dan juga melalui twitter @kbsoccernet

alhamdulillah… terasa amat bangga dengan blogger kat malaysia ni.. sangat bangga..
nikillas´s last blog ..OMG..!!! Biar betik..!!!
Twitter: zarylnaxrie
(15 comments.)
tahniah bro.
sudah terbukti kita mampu melakukannya..
Blogger, we do care!
zaryl´s last blog ..Sesi Pengambaran Di Putrajaya
Twitter: azmanishak
(31 comments.)
alhamdulillah… terharu betoi dengan usaha en. hydir. macam aku plak yang alami masalah ni. bukan over acting. tapi sedih sebab walaupon tak pernah jumpa, tapi bila baca kisah dia buat aku terpikir satu masa nanti kita jugak akan susah.
syabas atas usaha murni. nanti hujung bulan aku bankin duit ye. nak saiz L dengan M. (tapi wife dah pregnant plak) nak kene carik besar ker? eh tak payah ar.. nanti dah abes pantang bleh pakai jenjalan buat kenangan..
Kreuger´s last blog ..Kucing betina ada datang bulan tak?
Twitter: azmanishak
(31 comments.)
lupe nak cakap – SALUTE giler… pasal letak link sampai 400 lebih tuh. memang respek abes la~
Kreuger´s last blog ..Kucing betina ada datang bulan tak?
tq .. penat menaip semua link tu
mata pun berkunang2 .. tapi takpe
Blogger We Care
wow ! ramainya. terasa bangga sgt2 menjadi orang malaysia kerna rata2 rakyatnya prihatin. tengs all =D
miss lolly´s last blog ..ADNAN SEMP-IT memang sewel !
Twitter: hurul_aini
(9 comments.)
alhamdulillah mendapat sambutan yg menggalakkan…
neway, sebenarnya, sepanjang kempen ni x faham sgt…hahaha…i mean yg en hydir kata dah kumpul rm415..means is it setiap blogger yg letak ribbon tu ada hantar rm1 ngan en hydir or en megat? coz saya letak je…pastu buat donno….heheehee
HURULAINI´s last blog ..My Star Folder…
blogger hanya perlu letak ribbon tu
sponsor kbsoccernet yg akan bayar ..
mmg blogger tak perlu kluar duit pun .. support tu yg penting
Blogger We Care
Twitter: hurul_aini
(9 comments.)
owh…cenggitu…okay…
neway, aritu saya ada letak jugak…tp x tinggal komen….mcm xde je nama kat atas…hehe..
HURULAINI´s last blog ..Comment on How/Where to download/watch korean/japan drama/movie? by menteil
hehe .. x cukup syarat le tu
saya tak tau yg awak dh letak
anyway .. thanks
Alhamdulillah, usaha muafakat sesama kita membuahkan hasil yang membanggakan. Moga pertolongan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban saudara Megat.
Harap kempen ini tidak berhenti di sini. Teruskan walaupun kempen ini telah tamat, kerana tolong-menolong antara insan ini adalah tanggungjawab bersama.
p/s:TShirt tu nanti dulu ye bro, tunggu hujung bulan ni sket..hehe
izzat´s last blog ..Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab
ya .. mungkin Blogger We Care boleh menjadi seperti Aduan Rakyat TV3 ..
kalo ada kekuatan .. mesti boleh
bro, nama blog aku salah eja tu. hehe. takpe, tu boleh di abaikan. wife aku ada letak ribbon tu jugak, tapi dia tak komen kat blog ni. blog dia Being Me
hoho .. sori bro
mata aku dah berkunang2 .. banyak sgt tgk blog hari ni ..
blog isteri ko nanti aku add
hehehe. tak pe. hal kecik

mrkay´s last blog ..Seks, Punggung dan Kesihatan
wow…
that much huh…
shows rakyat m’sia yg prihatin…
gud2…
hope that will ease his sufferings…
souls reunited…
Salam..
Masyarakat prihatin..kalau Aceh, Pelastine Haiti dapat di bantu. Takkan dlm M’sia tak boleh kot ye tak..
Kalau ada alamat En. Megat tu boleh letak kat sini..
Mana tahu mungkin ada yang ingin melawat En. Megat tu..
Tak dapat bantu dngn wang ringgit, menziarah pun dah memadai.. Amacam..
Almanuri´s last blog ..REZAB NEGARA SUSUT TERUK
Nanti sy tanya megat samada dia benarkan alamat dia utk di publish ..
saya kena hormat juga hak privasi dia
kalo dia benarkan nanti sy update
bagus la ramai yg support kempen ni…terus kan bro usaha murni mcm ni di masa depan
Khairil´s last blog ..Kemaskini Status Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama
almk..xde name..hehe..xpe2..jnji sokongn yg di beri..
salamun ala rabbil `alamin…
kucen2020´s last blog ..[Khas] Blogger We Care T-Shirt…HOT..!!!
sori bro ..
mata aku dah berkunang2 smlm ..
banyak sgt blogwalk nak confirm ribbon tu
tahniah…
kita sbgai bloger dpt membuktikan bahawa kite prihatin..
mungkin ini baru permulaan, masa depan insyallah jumlah itu akan bertambah ramai lg…
GeNeRaSi MaLaYSia´s last blog ..banyaknye..
err… dah tamat ke “blogger we care”? atau takde tarikh akhir? baru je nak join
anjungweb´s last blog ..Ubuntu: 5 Aplikasi yang perlu ada
mungkin Blogger We Care akan diteruskan tp bukan untuk En. Megat …
plan nak jadikan ia macam Aduan Rakyat TV3 tu ..
Baguslah, ramai blogger prihatin yang boleh membantu. At least, kurang sikit beban orang yang menanggung.

anjungweb´s last blog ..Ubuntu: 5 Aplikasi yang perlu ada
kalau nak join lagi camner?
terlepas la..
aemylina´s last blog ..santapan malam minggu II
semoga bantuan ini dapat meringankan beban bro megat amin.
Semoga sumbangan ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak penderitaan yang dialami oleh en Megat. Kami semua para blogger akan terus menyokong usaha blogger we cara…syabas diucapkan…:)
terima kasih
jemput sertai juga Blogger We Care di Facebook utk semua info terkini dan aktiviti semasa …
Blogger Malaysia memang prihatin! Syabas buat semua yang ikut berkempen!!
p/s- a small step can be a big change for tomorrow.
samdaddycool´s last blog ..Kaki katak – mee goreng – kopitiam …. oh Malaysiaku
yg paling penting, smoga usaha ini diberkati Yang Maha Esa. aminnn..

yus´s last blog ..8 Makanan Melawan Stress