Facebook. Siapa yang tiada akaun Facebook. Satu aplikasi jaringan sosial yang tersohor hari ini dan meninggalkan jauh pencabar-pencabarnya yang terlebih dahulu “makan garam” dalam arena sosial network. myspace, friendster dan tagged semakin jauh ketinggalan berbanding dengan Facebook.
Kini lebih 4 juta penduduk Malaysia menggunakan facebook sebagai jaringan sosial mereka.
Facebook adalah aplikasi yang mudah dan mempunyai pelbagai aplikasi sokongan seperti chatting, game dan sebagainya.
Tapi tahukah anda bahawa pengguna Facebook di Malaysia adalah unik dan berbeza dengan orang lain. Perkara ini mungkin kita sedar atau tidak.
Jadinya, mari kita perhatikan apa yang unik dan lainnya orang Malaysia dalam hal ber”Facebook” ini:
1. Add orang yang tidak dikenali
Ada sesetengah di kalangan kita suka nak add orang sebagai friends or kawan mereka sedangkan mereka tak kenal pun siapa orang tu atau dari mana asal orang tu. Itu merupakan suatu perkara yang bahaya kerana kita mungkin akan mendedahkan risiko dan ancaman kepada kita dan diri kita melalui apa yang kita update tanpa kita sedari.
2. Profile pic letak gambar sapa ntah
Ini suatu lagi masalah dengan orang kita. Profile pic jarang nak letak muka sendiri tapi letakkan muka artis korea, artis porno, gambar bungalah, gambar dari belakanglah, gambar beramai-ramai lah, letak gambar anak2 dia lah. So, macam mana orang nak kenal yang tu adalah kawan dia especially kalo dah lost contact masa zaman sekolah dan universiti dulu.
3. Nama pun bukan nama sebenar
Hampir sama dengan situasi no. 2 diatas. Buat akaun facebook tapi guna profile name ntah sapa-sapa. Konfirm kalo buat macam ni kawan-kawan lama tak dapat cari punya.
4. Guna Facebook sekadar nak main game
Memang Facebook ni kelebihannya apliaksinya tapi ada kalangan kita yang bukak akaun Facebook semata-mata nak main game e.g. Farmville, Fishville, Premier Soccer Street, Airline Manager, Mafia Wars. Kalo di tanya kat orang tu, aku tak pernah update apa2 pun. Aku nak main game jer…free maa! Kalo kita tengok update dia tu pun memang hanya penuh dengan update main game dia tu aja.
5. Tak update langsung
Buka akaun. Setup semua dah cantik dah. Tapi bila orang tulis kat wall dia .. tanya ke .. ucap selamat ke .. tak pernahnya menjawab. Langsung tak update. Tapi tengok ada aktiviti dia tapi orang tanya taknak jawab. Kalo camtu baik takyah join Facebook ataupun buang saja tab wall tu.
6. Takde Facebook? Out dated la you ni!
Dah jadi satu persepsi sekarang ni kalo sesiapa yang takde akaun Facebook seolah-olah orang tu ketinggalan zaman. Out dated ler .. tak trendy ler .. susah nak contact ler .. penangan Facebook.
7. Update tak kira tempat
Ini dah kira penyakit dah ni. Ada ke update facebook semasa dengar khutbah jumaat, dalam mesyuarat, semasa kuliah .. kena hormat tempat dan waktu ler semasa update.
8. Anda boleh kena tangkap dengan polis sebab update dan komen di Facebook
Hohoho .. ini no komen ler. Dah ada yang kena sebab komen dalam facebook pasal isu bakar-bakar gereja tu. Sampai ke Facebook diorang jejak. Yang pastinya, kawan dia jugak yang nayakan dia.
Itu antara beberapa perkara uniknya kita dengan mukabuku ni. Mungkin ada lagi. Tapi itu yang main partnya.
p/s: Aku juga ada juga buat benda-benda macam tu. Anda bagaimana?
p/s/s: Hati2 dengan update dan komen anda. Ada “mata-mata” yang memerhati dan membacanya. jangan sebab seronok berkomen dan berlawak dengan kawan sendiri akhirnya masuk lokap pulak :p

Twitter: hurul_aini
(10 comments.)
hahaha…terasa aku…..no 1,2, 3…mmg FB aku la tu…tp for info encik hydir, FB tu aku buat khas utk pembaca blog & kengkawan blog…as what i represent in my blog = a blogger whom just want her idea to be known to the world..jd x kisah la org kenal aku ke x secara personal…hehehe
yang no 5 tu, mungkin xde kesempatan nak reply…atau xde benda nak reply kalau orang tulis kat wall….satu lagi…skarang banyak yg update via twitter, jadi most of the time walau update status, x bermakna ada log in ke FB….hehehe
yg last skali, hati-hati la dengan setiap apa yang ditaip di FB, jangan emo sebarangan…semalam ‘Hani Tarmizi’ mendapat hampir 10 ribu anti-fan berdaftar dalam masa kurang 24 jam kerana komen berbaur sentimen kenegerian….
apa-pun bagi aku, sebaiknya dimanfaatkan teknologi ini untuk perkongsian ilmu & maklumat, serta mengukuhkan ukhwah

HURULAINI´s last blog ..My Top Ten Vocalist…
ya .. teknologi umpama pisau ..
betul guna manfaat lah ia
salah guna .. celaka lah kita
Ya. semua benda yang bermanfaat pun cam tu juga..
Ada motosikal untuk ke tempat kerja,
Salah guna motosikal untuk merempit buat wekang & pickup.
Agak bahaya juga FB ni. Terlalu banyak personal data yang boleh orang lain tengok. Jadi, berhati-hatilah

anjungweb´s last blog ..Ubuntu: 5 Aplikasi yang perlu ada
alamak..
perlukah aku buat facebook?
masih ragu2..
Si Naga´s last blog ..Malas
thanks.. saye suke je main facebook.. depend pada masing2.. hehe
facebook best, tp di nasihatkan jgn letakkan detail yg penting2 dalam social network. hehe
Twitter: mr_eim
(12 comments.)
facebook bg aku mmg bagus juga. portal social community paling berjaya setakat nie. cuma kita ler yg kena pandai gunakannya. salah langkah terima lah padahnye. huhu..
yup .. macam sorang yg kena masuk lokap sbb komen di facebook
naya je .. huhuhu
Twitter: zikrihusaini
(2 comments.)
erm memang betul… kena ikut cara yang betul nak guna fb nie…
sampai skrang eden pening nk main facebook. srabut tngok member bg ntah ape2 ntah,dgn invitenye lg. cume tahan 3 hari je,lpas tu…tk masuk dah. huhu
finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2
jgn layan sgt invite tu semua … ignore kan aja
kurg minat social networking.
suka blog lagi daripada facebook.
hehe
Satu perkongsian yang menarik…. terima kasih.