Salam semua. Lama saya tak update blog ni kerana saya kini telah bertukar kerja dari Johor ke Penang. Jadi 3 minggu kebelakangan ini memang sibuk sebab nak pindah dan sesuaikan diri dengan tempat kerja yang baru.
Di tempat kerja yang baru memerlukan saya menggunakan banyak engineering software dan engineering drawing dan laptop saya sekarang ni hanya sesuai untuk kerja-kerja office sahaja.
Penyelesaiannya? I want to unleash Mac Book Pro to my new career!
Hari ni saya berkesempatan untuk mendapatkan gadget yang memang saya idamkan semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini iaitu Mac Book Pro 13″ powered by Mac OS X Snow Leopard as it brain.
Pandangan pertama saya terhadap MacBook Pro ini memang marvellous. Bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Windows OS. Saya yang menggunakan Windows 7 dan menganggap Win 7 adalah hebat tetapi setelah bermain sebentar dengan OS X ni mengaku bahawa Win 7 memang tak boleh langsung menandingi OS X dari pelbagai sudut samada load up, display, clean interface, stability dan pelbagai lagi.
Spesifikasi
MacBook Pro
OS: Mac OS X Snow Leopard
Processor: 2.4GHz Intel Core 2 Duo
RAM: 4GB 1066MHz DDR3 SDRAM – 2x2GB
Display: 13″ LED Display
Hard Disk: 250GB Serial ATA Drive @ 5400 rpm
Optical Drive: SuperDrive 8x (DVD±R DL/DVD±RW/CD-RW)
Graphic Card: NVIDIA GeForce 320M graphics
Port: 2-USB port and 1 mini USB Port, Ethernet, SD Card Reader
Ada beberapa lagi fungsi yang menarik iaitu:
- backlit light keyboard (boleh menaip dalam keadaan gelap)
- multitouch keypad yang boleh mengesan sehingga 4-jari dengan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri
- tiada antivirus kerana tiada virus untuk Mac
- software dan hardware dikeluarkan sendiri oleh Apple maka response time sangat-sangat cepat dan mengagumkan
Ada banyak lagi yang menarik ketika menggunakan MacBook Pro yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Anda kena mencubanya sendiri dan baru mengetahui bagaimana hebatnya OS ni berbanding dengan Windows OS samada XP, Vista mahupun Windows 7!
Disebabkan OS X adalah dalam platform Unix, maka ia adalah cukup stabil.
Anda juga boleh download OpenOffice untuk menggunakan Office Application jika tidak mahu menggunakan iWorks atau Microsoft Office 2008 for Apple.
Jika anda ragu-ragu tiada atau kurang 3rd party applications atau software untuk MacBook Pro maka anda silap kerana hampir semua aplikasi popular yang anda tahu adalah compatible dengan OS X e.g. Tweetdeck, Skype, YM, Adobe dan pelbagai lagi.
Setiap pembelian akan mendapat jaminan/warranty selama setahun dan boleh di upgrade ke 3-tahun dengan sedikit tambahan pembayaran. Pastikan anda membelinya di penjual yang sah seperti melalui Apple Store Malaysia, Machines atau Switch untuk memastikan MacBook anda adalah asli.
Harga? Model 13″ ini dijual pada harga permulaan RM3899 dengan jaminan 1 tahun. Walaupun agak mahal tetapi berbaloi-baloi untuk jangka masa panjang.
Okey. Nak bermain-main lagi dengan MacBook Pro ni. Masih banyak yang perlu di explore untuk mengetahui kuasa terpendamnya supaya boleh di “unleash” kan ke tahap maksimum!
Catatan: iPhone + MacBook Pro = Awesome!
24 Comments
Trackbacks
- Tweets that mention Unleashing MacBook Pro OS X Snow Leopard – My Review | hydir(dot)com -- Topsy.com
- Tweets that mention Unleashing MacBook Pro OS X Snow Leopard – My Review | hydir(dot)com -- Topsy.com



Twitter: joegrimjow
(2 comments.)
tengah balas entry ni guna macbookpro
best kan?
sangat best!
joegrimjow´s last blog ..Tuduhan pengganas : haji hadi, dr asri, shahidan kassim
Twitter: khydir
(89 comments.)
mmg sgt best .. excited gila ..
hoho
err .. grimjow tu Espada kan .. muahahaha
Twitter: atahsaat
(1 comments.)
congrats on ur new purchase!
teringin sgt nak guna Mac. tapi belum mampu.
student lagi. hehe.
cheers~
Twitter: khydir
(89 comments.)
takpe .. saya pun dah 8 tahun kerja baru beli MacBook ni .. tp mmg berbaloi2 dan marvellous
Twitter: einztrigger
(1 comments.)
Hehehe…orang kaya je mampu pakai macbookpro…
stakat nie guna pc n laptop acer…dua2 pun laju gila dah so untuk 2,3 tahun nie tak perlu kot komputer baru

EiNS´s last blog ..Hot 90 crazy discount on WPWebhost Freedom Plan
Twitter: khydir
(89 comments.)
hehe .. bukan kaya cuma ada duit lebih sikit ..
mmg selama ni gunakan PC Windows OS pun dah ok tp bila guna Mac ni baru tahu betapa hebatnya OS X ni .. selama ni baca review jer
Is it me or did this article make you want to buy an iPad?
Twitter: judinbo
(35 comments.)
hehe hanya mampu tgk je la…
x-po´s last blog ..PELIKKAH LELAKI TIDAK MINAT TENGOK SUKAN?
Twitter: khydir
(89 comments.)
takpe .. kayuh pelan2
Twitter: azmanishak
(32 comments.)
owh… inilah dia bawang tu eh?
ni first time saya tengok bawang bentuk leper.. keekkeke
Kreuger´s last blog ..Everly Hotel Melaka – Dekat dengan pantai- tapi tak boleh mandi
Twitter: khydir
(89 comments.)
hehe .. bawang putih memang leper sikit
Twitter: luthtextile
(12 comments.)
hensem nya laptop warna putih tu.

haritu tengok @bat bawak masa #sembanglebat
dapat la jugak guna sekejap
Luth Textile´s last blog ..Jauh Perjalanan Luas Permandangan-
Twitter: khydir
(89 comments.)
mmg best guna MacBook ni .. lupakan yang lain ..
mmg best apple ni.. yg ketara boleh menaip dlm gelap.. window tak leh..lagi bateri adapter yg sgt mudah berbanding window yg berat lagi kurang sesuai.. tapi harga mahal nye.. hehehe
fiezaradzi´s last blog ..Fiezaradzicom Berpindah
Twitter: khydir
(89 comments.)
memang mahal tp berbaloi-baloi ..
dah cuba mmg rasa xnk guna Windows dah ..
Jom guna Apple MacBook!
Salam..nak tanya sikit..nak beli macbook apple nie kat mane di Penang..saya cari kat Bukit Jambul xde jual…
Twitter: khydir
(4 comments.)
Boleh dapatkan MacBook ni di Sunway Carnival Seberang Jaya atau juga di Queensbay Mall, Penang.
Brminat nak beli ke?

hydir´s last blog ..Unleashing MacBook Pro OS X Snow Leopard – My Review
Twitter: ishakhasimi
(5 comments.)
belum mampu nak beli ni aduh..tapi minat gila pada product apple ni dan pernah guna time belajar memang best
ishak´s last blog ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri
it is nice but again the price is.. well unaffordable for me. Hoping apple will reduce its price den i can have chance to buy
chi3nming´s last blog ..Congratulations To Spain As 2010 Fifa World Cup Champion
salam en. haidir,
jemput singgah blog ain untuk membantu sahabat kita lya…
terima kasih….
ain´s last blog ..Pelancaran Tabung Kami Bersamamu Lya
Twitter: zikrihusaini
(18 comments.)
wah smartnya… apa nak buat… bole tengok2 jela.. nak beli memang gigit jari jela..hhehe
zik´s last blog ..Zikrihusainicom di googlecommy part 1
RM3899….bagi org yg biasa-biasa, boleh dapat 2…tapi bagi yang perlukan kepantasan… memang tak silap pilih.
mus99´s last blog ..Ayam Organik Beralih Kepada Yang Halal
teringin sangat nak pakai mac,knyakan designer yang guna apple ni ye Bro…
hanif´s last blog ..Ubuntu Yang Membuntukan
Twitter: khydir
(89 comments.)
ya .. mmg designer ramai guna sbb smooth for details
mesti cuba …