Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga …
February 2, 2010  |  Terjah

Yang Cantik itu BODY… errr budi, Yang Indah itu bahasa!

Sudah menjadi trend masa kini makin ramai wanita (lelaki juga) yang mengutamakan penampilan hebat samada anggun ataupun kejelitaan menjadi keutamaan dalam perhubungan.

Kita nak kelihatan hebat di mata orang ramai melalui penampilan vogue dan magnifique kita. Jika ada majlis kenduri ataupun ada majlis keramaian maka bertambah nak kita dengan penampilan anggun itu. Siap dengan dandan rambutnya, baju dengan fesyen terkini dari butik terhebat, kasut dan beg tangan berjenama luar negeri. Memang cukup anggun!

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kita banyak sangat didedahkan kepada perlunya kelihatan cantik sentiasa melalui akhbar-akhbar, artis-artis, majalah-majalah Nona, Jelita dan juga rancangan-rancangan TV seperti Impian Anggun untuk terus kelihatan cantik!

Ada yang berusaha dan sanggup membayar beratus-ratus malahan ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik di mata orang lain. Tidak kurang juga yang sanggup ber”diet” melampau untuk kelihatan kurus!

 

Tapi adakah antara kita yang sanggup habiskan ratusan jika tidak ribuan ringgit untuk hadiri kelas peningkatan jati diri, kelas beradap-sopan dan kelas etika? Mungkin tidak!

Memiliki badan dan raut muka yang cantik menjadi idaman semua tapi kalau tidak disekalikan dengan adab dan budi bahasa maka raut wajah yang cantik tidak akan kekal lama.

p/s: Lelaki memang suka tengok perempuan yang cantik dan hot tetapi kalau perangai buruk baik tak payah. Menyusahkan diri sendiri sahaja di kemudian hari!

p/s/s: aku memang tak hot! Aku cool aja :)


9 Comments


  1. alasan skiptikal.. nak tampil yakin. huhu.. sbb tu ramai wanita (lelaki pun dah tak ketinggalan skrng ni), klau keluar rumah je mesti dressing habis. hehee..

    media pun apa lg, nk kaut keuntungan depa follow la situasi ni & kita plak terikut-ikut media walhal benda tu tak penting sangat pun. muahahaa..

    adeh.. apa aku merepak ni? chalo bete..
    Azizwan´s last blog ..Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin My ComLuv Profile

  2. x-po
    Twitter:
    (33 comments.)

    aku ckup la dgn myk rmbut, perfume dgn deoderant je..yg lain2 tu, xperlu pun, bazirkan duit je..hehe
    x-po´s last blog ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU My ComLuv Profile

  3. rasanya golongan seperti ini suka diri mereka diperhatikan oleh org ramai..glamour kanss!!..

    bukannya tak boleh, tp biarlah berpada2…
    Ayah Aiman´s last blog ..KELAB JANDA BERGETAH; Boleh Lakukan Apa Saja.. My ComLuv Profile

  4. manusia nie suka sgt mengejar kecantikan.. btol x??
    Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive My ComLuv Profile

  5. huh meluat aku dengan ifa raziah.
    minah ni memg tak boleh blah..obses nak lawa.
    entah apa2.
    booo to minah ni
    Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut My ComLuv Profile

  6. salam…biarlah sy dgn kecantikan semulajadi iaitu air wuduk. kalau nak kuar umah tu 3 benda yg sy guna: perfume, minyak rambut n bedak. cukup dah tu. tq sbb pi blog saya tempohari.

  7. bila tampak cantik dan bergaya tahap keyakinan diri akan tinggi bagi sesetengah individu, lain orang lain pulak cara nak nak maintan motivasi diri….tapi macam bro cakap kalo dah habih duit kes nak melaram….tu dah mengaru dah tu..hehehe
    enche tomyams´s last blog ..Karnival WOW! Putrajaya 20–21 Februari 2010 My ComLuv Profile

  8. kawe pun tak hot…
    kawe hot..
    tula, teringin meningkatkan budi bahasa dalam diri ini..
    doakan daku berjaya..

Leave a Reply

Twitter ID
(ID only. No links or "@" symbols)

CommentLuv Enabled